KESIMPULAN TENTANG NAFSU – (sambungan – Bhgn 2)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Jika kamu telah mengetahui dan mengamalkan dan bertaqwa dengan syarat² tadi, maka kamu termasuk orang² yang jihad sabilillah, orang² istimewa di sisi Allah.
Mereka yang istimewa di sisi Allah, akan dipelihara, dilindungi oleh Allah Taala.
Allah berfirman:
Al-Hijr 15:42
إِنَّ عِبَادِى لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلْغَاوِينَ
“Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
maksudnya hamba² ku ( hamba yang bertaqwa) tidak dapat disesatkan oleh Syaitan.
Ketika hambaNya menghinakan diri kepada ALLAH TAALA, maka ALLAH TAALA akan memuliakan mereka.
Maka mereka itu adalah orang orang yang akan mendapat kebahagiaan dunia akhirat.
( Taqwa itu akan menyelesaikan hal dunia akhirat)
Dan ketika seseorang BERTAQWA, kamu akan menjadi lebih baik daripada malaikat yang dekat kepada ALLAH TAALA kerana malaikat tidak mempunyai syahwat yang mengajak kepada keburukan dan tiada jiwa yang kotor.
Maka semoga kamu boleh melalui tahapan yang ketiga ini. Kita memohon kepada ALLAH TAALA dan Dia adalah sebaik² zat yang diminta, agar ALLAH mengurniakan kepada kita PERTOLONGAN NYA dan kemudahan Nya kerana Dia lah ALLAH yang mencukupi segala sesuatu yang penting. Dan Dia lah Zat yang diminta pertolongan pada setiap kesulitan dan kerumitan.
Semua makhluk di bawah kekuasaan Nya dan pemerintahan Nya dan Dia berkuasa atas segala sesuatu.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم