ORANG-ORANG YANG MENYAYANGI KITA
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ada orang dia menyayangi kita dari saat kita belum lahir ke dunia hingga kita mati dan hingga dia mati. Mereka adalah kedua ibubapa kita.
Ada orang, dia menyayangi kita selagi kita beradab baik dengannya, sentiasa di doakannya.Itulah guru² kita.
Ada orang dia menyayangi kita setelah kita bersahabat dan terputusnya sahabat, terputuslah kasih sayang. Mereka mungkin kawan rakan, jiran kita.
Namun ada seorang dan hanya beliau seorang yang menyayangi kita sedari nama kita masih dalam pengetahuan Allah Taala semata mata, sehingga kedudukan kita juga dalam pengetahuan Allah Taala semata mata, kasih sayangnya, ingatannya tidak pernah terputus dan hingga alhir kalamnya, malah ketika saat semua orang telah masuk Syurga sekali pun, tetap beliau mencari kita…
Tiada makhluk Allah sehebat kasih sayangnya melainkan seorang makhluk yang diciptakan oleh ALLAH TAALA dengan penuh kemuliaan namun tidak pernah sesaat pun melupakan kita….
Dia lah MUHAMMAD RASULULLAH.
Kekasih Allah yang menyintai kita
UMMATI UMMATI.
Maka tidakkah kita mahu merasai kasih sayangnya? Berusaha menjadi sebaik² umat. Menjadi umat yang akan membanggakan
Baginda صلى الله عليه وسلم.
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
..
Mari bersama² kita membaca DALAILUL KHAIRAT