KESIMPULAN TENTANG NAFSU
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan kamu ketahui juga kebodohan nafsu dan kenakalannya, membuatkan sesuatu yang memudaratkan dan boleh menghancurkan dirinya.
Maka bagaimana mengatasi nafsu itu?
Maka hendaklah kamu melihat nafsu itu dengan pandangan orang² yang berakal dan pandangan ulama’, yang melihat kepada kesudahan sesuatu itu , apa kebaikan keburukannya.
Bukan pandangan orang² jahil dan anak² kecil yang melihat keadaan sekarang yang tidak memikirkan risiko ke depan nya sesuatu itu.
Dan mereka tidak cerdas dalam melihat keburukan nafsu itu.
Dan mereka itu lari daripada pahitnya ubat. Berbeza dengan orang berakal yang meminum ubat walaupun pahit kerana ubat boleh menyembuhkan. InsyaAllah
Maka hendaklah kamu kekang nafsu itu dengan tali ketaqwaan. Tarik lepas nafsu dengan tali ketaqwaan.
Tali ketaqwaan itu mencegah nafsu dari sesuatu yang kamu tidak memerlukan langsung dengan pasti. ( hanya menuruti nafsu kepada hal² penting @ kecemasan saja)
Dari perbicaraan berlebihan. Dan pandangan berlebihan.
Dan menyelinap perbuatan buruk ke dalam perbuatan baik.
Dan dengan panjang angan² ( hati ingin mengerjakan perbuatan baik tetapi kadang² mempercepatkan atau kadang² melambatkan juga buruk)
Atau hasad kepada seorang Islam.
Atau takabbur bukan pada tempatnya.
Atau makan dengan syahwat.( ambil mcm², asyik makan)
Dan kamu memberikan nafsu mu sesuatu yang tidak ia perlukan.
Dan kamu jangan TAKUT dirimu akan tertimpa bahaya ketika tidak menuruti nafsu mu kerana tidak ada bahaya apabila seseorang itu meninggalkan fudhul.
Dan Allah telah memberikan keluasan rahmat kepada hamba hamba Nya . Dan Allah telah memberikan kekayaan kepada mereka, mencukupkan mereka dari segala sesuatu yang akan memburukkan mereka, maka kerana itu, tiada alasan lagi untuk melakukan perkara yang fudhul.
Dan sesungguhnya sebahagian solihin mengatakan:
” Sesungguhnya perkara yang paling mudah adakah TAQWA. KUNCI nya jika kamu ragu terhadap sesuatu maka tinggalkannya”
Kerana sesungguhnya nafsu akan lemah dan lembik dan akan terbiasa bilamana kamu membiasakannya.
Dan sesungguhnya ia seperti yang dikatakan lara penyair:
Maka nafsu itu akan mempunyai kemahuan apabila kamu membuatnya teringin, padahal jika ia diberikan yang sedikit, ia akan menerimanya.
Nafsu itu boleh dikawal, dikekang cuma kita yang mengajak