KESIMPULAN TEANTANG NAFSU (sambungan-bhgn 1)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan ada orang lain yang mengatakan:
” Itu adalah NAFSU, apa yang kamu bebankan kepada nya, ia akan kuat memikulnya dan diriwayatkan apa yang kamu biasakan kepadanya akan menjadi kebiasaan. ”
Dan sebahagian penyair mengatakan:
“Aku telah bersabar daripada kelazatan sehingga ianya berlalu ( tiada keinginan untuk kelazatan lagi ) dan aku telah melazimkan diriku untuk bersabar ( nafsu ku untuk bersabar) dan nafsu ku ikut bersabar.
Dan aku telah paksakan nafsu ku untuk bersabar agar tidak berlazat² dan ternyata ia boleh ikut juga.
Dan ternyata nafsu itu tergantung individu itu sendiri dan bila ia diberikan makan, apa kehendaknya dituruti maka ia akan menjadi liar.Dan apabila tidak dituruti maka ia akan menghiburkan dirinya sendiri.
Dan apabila kamu telah mengetahui dan telah mengamalkan apa yang telah kami sebutkan, maka kamu telah menjadi orang yang zuhud terhadap dunia dan kamu menjadi orang yang menginginkan akhirat.
Dan ketahuilah bahawa orang yang diberi nama orang yang ZUHUD, maka dia telah diberi nama dengan seribu nama kebaikan. ( Semua sifat terpuji ada dalam dirinya ketika dia zuhud)
Dan sehingga kamu itu menjadi orang yang telah pasrah kepada ALLAH TAALA. Yang mereka itu adalah orang² yang gembira, bahagia melayani Tuhan semesta alam.
Maka kamu akan menjadi seperti apa yang dikatakan penyair:
” Ada suatu kaum yang sibuk dengan dunia mereka dan ada suatu kaum yang berkhalwat dengan Tuhan mereka.( sengaja berdua²an dengan Allah ~ berzikir, berdoa dll), maka Allah menempatkan mereka di pintu² keredhoaan Nya.
Dan Allah telah memberikan rasa kecukupan, kaya daripada makhluk ( tiada mengharap makhluk langsung)
Apabila mereka memikirkan apa-apa yang telah mereka kerjakan dan lakukan, maka akan meluluhkan hati hingga mereka menangis .
Dan mereka tidak akan mengetahui selain cinta dan ketaatan kepada ALLAH TAALA sepanjang hidup mereka.
Kaki-kaki mereka berdiri di soff pada malam hari , sedangkan pandangan Allah lah yang menjaga mereka.
Dan terkadang mereka memanggil Allah dalam keadaan sujud dan terkadang mereka menangisi dosa-dosa mereka.
Dan mereka di siang hari dalam keadaan kepayahan berpuasa dan maha barkah Zat yang telah memberi mereka kekuatan.
Mereka adalah orang² yang berzikir, orang yang sujud dan orang yang memuji kepada Tuhan mereka.
Mereka adalah orang yang taat dengan niat² mereka. Mereka inginkan keredhoaan Allah Taala dan Allah Taala pun meredhoi mereka.
Maka beruntunglah mereka ketika Allah Taala memuliakan mereka dengan penghormatan.
Maka Allah Taala menempatkan mereka di Syurga² Firdaus Nya dan ditempatkan di rumah² yang sangat tinggi.
Al-Isra’ 17:18
مَّن كَانَ يُرِيدُ ٱلْعَاجِلَةَ عَجَّلْنَا لَهُۥ فِيهَا مَا نَشَآءُ لِمَن نُّرِيدُ ثُمَّ جَعَلْنَا لَهُۥ جَهَنَّمَ يَصْلَىٰهَا مَذْمُومًا مَّدْحُورًا
Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.
Al-Isra’ 17:19
وَمَنْ أَرَادَ ٱلْءَاخِرَةَ وَسَعَىٰ لَهَا سَعْيَهَا وَهُوَ مُؤْمِنٌ فَأُو۟لَٰٓئِكَ كَانَ سَعْيُهُم مَّشْكُورًا
Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang ia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.