KHASIAT DAN KEISTIMEWAAN HALBA
Rasulullah saw bersabda:
“Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas”
Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.
Rasulullah saw kemudiannya bersabda:
“Gunakanlah Halba sebagai ubat”.
Keistimewaan Halba
1. Diminum sebagai teh untuk
- Senggugut
- Kegemukan
- Pencuci perut
- Melancarkan haid
- Merangsang rahim
- Kurang berat badan
- Menguatkan jantung
- Menghilangkan kahak
- Menyembuhkan buasir
- Radang kulit dan bisul
- Mengawal kencing manis
- Membuang angin dalam badan
- Melegakan sakit kepala/ migrain
- Menghilangkan kembung, sebu dan senak
2. Teh Halba + Madu
- Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
- Anemia
3. Untuk anak-anak yang baligh
- Kecergasan
- Kekuatan badan
- Tumbesaran
4. Untuk banyakkan susu ibu
5. Halba digunakan juga sebagai ramuan tradisi untuk menambahkan nafsu lelaki dan wanita.
6. Halba berupaya memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan.
7. Halba menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk.
8. Halba juga digunakan dalam masakan seperti nasi dagang, kari dan asam pedas.
9. Halba boleh diamalkan untuk mengekalkan stamina, kecergasan dan menstabilkan gula dalam darah,
Sesungguhnya, Halba ini amat mudah didapati. Boleh dibeli di pasaraya ataupun di kedai-kedai runcit di kampung.
Mari kita sama-sama berusaha mengamalkan pemakanan Halba tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar.