KELEBIHAN MEMBACA SURAH YASEEN
RASULULLAH s.a.w bersabda:
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yaseen.
Sesiapa membaca surah Yaseen, nescaya ALLAH menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda RASULULLAH s.a.w lagi,
“Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yaseen pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut.
Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan ALLAH, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaseen sehingga datang Malaikat Ridwan dari SYURGA membawa minuman untuknya.
Ketika dia meminumnya , terasa kenikmatan dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil oleh Malaikat Izra’el lantaran terlalu nikmat minuman itu.
Rasulullah saw bersabda selanjutnya:
“Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, membaca surah Yassin semasa rakaat pertama dan rakaat kedua membaca surah alMulk, ALLAH TAALA menjadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik. ”
Oleh itu, peruntukkan masa kita dari 24 jam yang ALLAH TAALA pinjamkan untuk membaca ALQURAN.
Jadilah mereka yang bijak mencari peluang untuk mendapat cahaya yang dijanjikan ALLAH TAALA.
Surah Yaseen ini pendek sahaja dibandingkan dengan nikmat yang bakal diperolehi.
Jadikan amalan membaca Yaseen sebelum @ selepas Subuh @ Maghrib.
Keberkatan kedua waktu ini akan memberi kesan yang terbaik buat diri dan famili. Insyallah