BAIK BURUK MENGIKUT MENTOR
Orang yang berazam untuk melakukan sesuatu mengikut mentornya terbahagi kepada 4 golongan:
1. Diberikan ilmu dan harta
Menguruskan harta dengan ilmunya. Dia rajin bersedeqah, membuat amal kebaikan dengan hartanya dan membantu sabilillah.
2. Orang Miskin yang bercita cita mengikut golongan pertama.
Dia berniat “Jika aku ada Ilmu dan harta maka aku akan melakukan perkara sama,
maka si miskin itu mendapat pahala seperti mentornya @ idolanya.
3. Berharta tanpa ilmu.
Buat dosa dengan harta. Hartanya digunakan untuk maksiat.
Banyak kita lihat usahawan-usahawan yang menaja program maksiat, menganjurkan majlis maksiat bercampur pergaulan lelaki perempuan, urusan perniagaan bercampur halal dan haram.
Golongan ini golongan yang ISTIDRAJ. Tidak menggunakan hartanya mengikut perintah Allah Taala.
4. Orang Miskin dan bercita cita seperti orang ketiga.
Maka mereka yang bercita-cita mengikut golongan ketiga, walaupun belum melakukan apa-apa, mereka telah mendapat dosa kerana niat buruk itu.
Oleh itu marilah kita mencari mentor yang bertaqwa agar kita mendapat pahala walaupun melalui niat.