PUNCA DOA TIDAK MAQBUL
KENAPA DOA TIDAK CEPAT MAQBUL?
Ramai mengeluh kenapa doanya lambat maqbul. Malah ada menyatakan pelbagai cara telah dilakukan.
Solat diamalkan dan berjemaah. ALQURAN sentiasa diharam. Umrah sering berulang alik. Sedeqah bagai air mengalir. Pelbagai kebaikan telah dilakukan tetapi doa nya yang diminta tetapi DOANYA TETAP TERHALANG TIDAK MAQBUL.
Adakah kita sedar bahawa ada satu perbuatan yang akan menghapuskan semua amalan kebaikan kita.
Perbuatan itu pula sering kita lakukan sama ada dalam sedar @ tidak. Sengaja atau tidak sengaja. Secara langsung @ kebetulan.
Suatu perbuatan MEMUSNAHKAN SEGALA IMPIAN. AMALAN MUNGKAR ITU ADALAH MENGUMPAT
Sesungguhnya antara KERUGIAN orang yang mengumpat adalah DOANYA TIDAK DIMAQBULKAN.
Oleh itu janganlah bertanya kenapa doa tidak maqbul dari dulu hingga kini! Cek lah LIDAH KITA, adakah lidah yang sama juga mengumpat sebelum dan selepas berdoa.
Alangkah bodohnya seseorang yang sedang memakan daging saudaranya dan kemudian merayu kepada ALLAH TAALA diberikan keredhoanNya!
Dan ORANG YANG MUFLIS DI AKHIRAT antaranya pengumpat pengumpat.
Adakah kita mahu kerugian dunia akhirat hanya kerana mengumpat?
Mari kita sama2 membaca istigfar agar selepas ini kita dipelihara daripada mengumpat.
Moga moga kita bertaubat daripada terus dalam kerugian.
Astagfirullaha lil mukminina wal mukminat 27x
www.annurulhadi.com/news