SATU AMALAN BANYAK NIAT
Imam alHaddad rah.a berkata
“Boleh berniat suatu amalan itu dengan pelbagai niat dan pahala mengikut setiap niat itu”
Dan pahala bermula apabila suatu niat itu diniatkan walaupun belum melakukan amalan kebaikan itu .
Sebagai contoh;
Amalan membaca alQuran diniatkan untuk berdialog dengan ALLAH TAALA.
Niat mendapat segala ilmu daripada alQuran.
Niat memberi manfaat zahir dan batin kepada diri sendiri dan yang mendengar.
Dengan 3 niat di atas kita telah mendapat 30 pahala dan boleh saja kita menambah lagi niat.
Niat mengikut sunnah RASULULLAH SAW.
Niat menyentuh alQuran.
Niat memahami alQuran.
Niat membaca alQuran untuk mentaati perintah Allah Taala dan menjauhi laranganNya .
Niat untuk menyebarkan alQuran.
Niat untuk mendapat syafaat alQuran.
Malah untuk makan saja pun kita boleh pelbagai niat.
Niat makan kerana mentaati perintah Allah Taala.
Niat makan makanan berzat yang ALLAH TAALA kurniakan.
Niat makan untuk mensyukuri nikmat ALLAH TAALA dengan mengucapkan ALLAH TAALA.
Oleh itu mari kita memperbanyakkan niat atas pelbagai amalan kebaikan.