Kisah Sebuah Kematian – Bila Jenazah Tersenyum
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على روح سيدنا محمد فى الأرواح و على جسده فى الأجساد وعلى قبره فى القبور وعلى آله وصحبه وسلم.
Ini kisah pagi tadi, semalam suami sahabat saya meninggal dunia dan almarhum di bawa ke rumah kakaknya.
Manakala sahabat saya pula, rumahnya di tempat lain, maka sebagai isteri solehah yang mentaati perintah Allah Taala, dia menjalani Iddah dan tahu haram wanita kematian suami keluar daripada rumahnya tanpa urusan darurat.
Oleh itu, dari kejauhan dikirim video dan gambar suaminya dan dia melihat wajah duka almarhum. Kelat tidak berseri.
Maka semalam, dia membaca DALAILUL KHAIRAT hingga khatam dan menghadiahkan kepada suaminya pahala bacaan solawat Dalailul Khairat.
MasyaAllah, semua di rumah kakaknya, menjadi saksi wajah almarhum bertukar berseri dengan jelas senyuman terukir. Alhamdulillah.
Manakala saya pula bermimpi menziarahi nya dan lihat rumahnya tersergam indah. Rumah kayu yang tinggi besar, ada tulisan nama berwarna perak yang saya lupa tapi saya sebut dalam mimpi..” macam nama di Syurga”.
Kemudian sahabat saya bawa masuk ke rumahnya dan lihat indahnya katil bercadar gebu , perabut indah dan saya dijamu kuih macam karipap dan besar serta cantik kuih itu di alas kertas berkualiti.
Pinggan mangkuk gelas semua berkerawang emas. Macam dalam istana.
Allahu Akbar!
Petanda yang baik. Moga² berbahagia lah almarhum dengan kiriman hadiah solawat dan doa Dalailul Khairat kiriman sang isteri. Walaupun mereka tidak bertemu di saat perpisahan namun senyuman suaminya itu membahagiakan sang isteri juga menyentuh hati kami semua.
…
Sebab itu saya akan terus mengajak kalian membaca DALAILUL KHAIRAT ini tanpa jemu. Saya siapkan grup khas untuk menyuntik sangat semua membaca setiap hari.
Hanya kerana saya juga mahu mati dan tersenyum nak masuk kubur untuk bertemu Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
www.wasap.my/+60134400212/NakJoinDalail2