Kunci Utama Mendapat Rezeqi
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
Setiap hambaNya telah dicukupkan REZEQI oleh Allah Taala. Allah menjamin rezeqi hambaNya. kerana Allah memerintahkan hambaNya BERIBADAH.
Hal ini hanya akan kita fahami jika kita belajar tasawwuf. Dalam kitab Minhajul ‘Abidin , Imam Ghazali rahimahullahu taala menerangkan dengan jelas hal berkaitan tawakkal berkaitan rezeqi.
Kita perlu berusaha namun usaha yang utama adalah melalui IBADAH kerana rezeqi kita telah ditetapkan kadarnya, waktunya sejak d lauh mahfuz.
Usaha macamana pun, tetap banyak tu. Tak bertambah tak berkurang. Akan tetapi bila kita beribadah kepada ALLAH TAALA sebagaimana perintah Nya dan meninggalkan larangan Allah Taala, yakni menjadi hamba yang TAQWA, maka ALLAH TAALA akan memberikan rezeqi yang tidak disangka². Akan ada keberkatan.
Bilamana rezeqi itu ada keberkatan, ianya cukup dan berlebihan.
Maka kunci utama untuk mencukupkan rezeqi adalah BERUSAHA BERSUNGGUH SUNGGUH MENJADI HAMBA ALLAH YANG BERTAQWA.
…
Moga² kita dipilih Allah menjadi hamba yang TAQWA.
Aameen
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين