Nostalgia Lalu
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل على روح سيدنا محمد فى الأرواح و على جسده فى الأجساد وعلى قبره فى القبور وعلى آله وصحبه وسلم
Nostalgia lalu.
Pada tahun 2013, Habib Ali Zaenal Abidin merasmikan kedai langsir saya di Gopeng, Perak.
Semasa tausiyyahnya beliau menyebut:
Di mahsyar nanti, akan ada satu golongan manusia yang amat terkejut dengan berat timbangan amalannya.
Mereka adalah manusia yang semasa hidupnya membangunkan/menghidupkan tempat² menuntut ilmu sama ada masjid, surau, madrasah dan seumpamanya.
Ianya kerana bila mana seseorang itu belajar, kemudian dia beramal dan mengajar pula hingga bersambung² rantaian ke mana mana, maka semua itu adalah rantaian pahala demi pahala yang tidak putus².
Sejak itu, saya merayu kepada ALLAH TAALA agar dipilih untuk mendirikan madrasah.
Dan pada awal 2014, guru saya Tn guru Sheikh Aminuddin Abdul Rahim dan saya ke Makkah.
Masih saya ingat, di bawah pancuran emas Hijr Ismail, saya merayu kepada ALLAH TAALA:
” Ya Allah, kurniakan lah kepada ku produk untuk daku membantu membina madrasah dan sabilillah lain”
Qadarullah. Bermula akhir feb 2014, Allah Taala mengilhamkan saya menjual KD SPEECHLESS SCENT.
SUBHANALLAH hasil jualannya , diizinkan membantu sedikit membina Madrasah Nurul Hidayah lit taklim wat tazkiyyah di Guar Chempedak, Kedah.
Pada 2015, Tn guru bawa saya menziarahi seorang wali Allah di Medan.
Wali itu membina masjid dalam tempoh sebulan di mana yang membinanya bukan manusia saja tetapi malaikat membantu menyiapkannya dalam tempoh semalaman .
Kisah benar ini sukar diterima akal logik kita tetapi tiada mustahil di sisi wali² Allah.
Saya pun ke Medan dan menyimpan azam nak bina masjid kecil, tapi nak bina di tanah sebelah rumah saya.
Masalahnya tanah itu hak orang lain. Dan harganya semasa itu RM60k.
Mana nak cekau duit?
Akhirnya hanya berharap saya dapat bina masjid sebab saya nak ittikaf di masjid ikut saya suka.
Duit tak ada, impian ada…
Suatu impian yang menjadi kenyataan.
Pada 2014, sebelum impian itu , Habib Jaafar asSaqqaf datang menginap di rumah saya.
Beliau terkenal sebagai wali Allah dan mustajab doa. Beliau masuk ke tanah semak samun sebelah rumah saya dan berdoa:
” Ya Allah, jadikan masjid di tanah ini”
Sejak itu lah saya menyimpan impian ingin membina masjid dan madrasah.
Hinggalah pada akhir 2016, saya hantar wakil mencari tuan tanah kerana saya ada simpanan RM60k hasil jualan produk².
Tuan tanah tidak mahu menjual .
Tuan tanah letakkan syarat:
” Saya tidak jual saja dengan syarat mesti bina madrasah.
Harga pasaran ketika itu RM115k.
Kerana ustazah nak bina madrasah, kami bagi saja, kami nak tumpang pahala.
Ketika itu, saya minta nak beli saja walaupun RM115k. Saya tidak mahu macam dapat free. Saya tidak mahu termakan budi.
Semasa proses tukar nama, tuan tanah meletakkan syarat pula:
” Kami tak jadi tukar nama, biar nama kami di geran”
Utz Aminuddin, Habib Ahmad tidak setuju, bahaya jika tuan tanah mati, masalah nama di geran.
Tuan tanah letak syarat baru.
” Wajib bina madrasah dalam masa 6 bulan. Jika tidak kami, serahkan tanah kepada pejabat agama!”
Okay. Noktah. Kami menolak pemberian itu. Dari segi hukum, tanah itu memang sudah milik kami, tapi dari segi undang² ianya belum sah.
Setelah itu kami pasrah. Dan saya memberitahu tuan tanah. Jika nanti nak jual, saya nak beli ya.
Hingga suatu hari , tiba² saya mendengar perbualan 2 lelaki di tepi pagar rumah saya.
” Keluasan tanah ni sekian²”
Saya syak mereka sedang berurusan nak jual beli tanah. Dan terus whatsapp tuan tanah.
” Maaf, nak jual ke tanah ini?”
Dia membalas:
” Ya.”
Saya terus bagitahu ” Saya nak beli”
Dia balas
” Ok. Saya nak RM150k!”
Tanpa fikir duit ada ke tak ada:
” Baik , saya setuju beli!”
Dan Kak @Rashidah Sulaima lawyer yang proses jual beli.
Yang lawaknya, dia yang geram, sakit hati, bengang dengan tuan tanah
Dari wakaf jual harga mengatasi pasaran!
Subhanallah KD SPEECHLESS SCENT, ZB3, BEAUTY KD, KD Eo dan pastinya AIR DOA ULAMA masih menjadi produk yang setia menjadi dana untuk agama sehingga kini.
Alhamdulillah
Allah menjadi rakan bisnes Al Mujahid & ANNURULHADI.
Kalian yang sentiasa menyokong membeli produk hingga kini , termasuk dalam golongan manusia yang akan terkejut di Mahsyar nanti. insyaAllah.
BaarakAllahufikum