Rezki Kita Sudah Dijamin. Jangan Risau.
Semalam Habib Taufiq ceritakan antaranya hal rezki. Habib kata kita makan ikan. Ikan yang datang pada kita, ada depan kita. Bukan kita kena pergi laut untuk makan ikan disitu.
Tapi walaupun kita disini, kita masih boleh makan ikan. Sebab itulah dipanggil rezeki. Rezki kita sudah dijamin. Jangan risau.
Habib pesan jagalah ibadat untuk kelancaran rezeki. Dan jangan takjub dengan harta orang kafir yang melimpah ruah. Mungkin sahaja harta tersebut untuk menjauhkan lagi mereka dari Allah.
Contohilah Imam Haddad, dimuliakan bukan kerana harta. Tetapi kerana ibadatnya, dan dekatnya kepada Rasulullah. Allah beri rahmat kepada Imam Haddad sehingga lahirlah anak-anak murid beliau yang soleh.
Semoga ini menjadi ubat jiwa buat kawan-kawan yang bergelar surirumah dan tiada pendapatan. Tak usah risau hal rezeki. Wang ringgit, harta datang bukan kerana kudrat. Itu hanya asbab. Tapi kerana itu memang rezeki kita.
Sama-sama fokus hal mendidik anak di zaman mencabar ini. Seperti katanya Habib Taufiq. Anak tidak makan, tidak tidur kita menangis. Nak mati kamu nak kalau tidak makan, tidak tidur.
Tapi berapa ramai yang marah, nangis jika anak-anaknya tidak solat, tidak baca Quran. Nakk, baca Quran nak, solat nak. Nanti mati hatimu nak.
Perbanyakkan kita berkongsi, bercerita kisah-kisah orang Soleh kepada anak. Biar mereka membesar dengan kisah-kisah hebatnya nabi, para sahabat, alim ulamak hingga tertanam semangat yang sama dalam jiwa anak.
Memori
7/7/2019
Credit : Ticer Nadiah II