Makna Pasrah Dan Hukumnya
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه
Jika kamu katakan ” Terangkan kepada kami makna PASRAH dan hukum nya”
Maka ketahuilah bahawa Pasrah itu ada 2 fasal, maka dengan memahami 2 fasal ini, kita akan lebih lebih jelas.
1. Tempatnya pasrah : Bila seseorang perlu pasrah.
2. Maknanya pasrah , batasannya pasrah dan lawannya pasrah.
….
Adapun tempatnya pasrah maka ketahuilah bahawa keinginan manusia itu ada 3 jenis.
1. Suatu keinginan yang kamu yakin bahawa keinginan itu suatu yang rosak, buruk dan secara pasti tidak diragukan keburukannya, seperti neraka dan azab siksaan nya.
Dan contoh perbuatan seperti kufur,bidaah dan maksiat .
Maka kita tidak boleh untuk berkeinginan untuk melakukannya.
Dilarang pasrah masuk ke neraka, menerima azab, kufur, dilarang bermaksiat.
Kita tidak boleh pasrah kepada ALLAH TAALA untuk perbuatan itu kerana ALLAH TAALA perintah untuk berlindung daripada neraka.
…
2. Keinginan yang secara pasti kamu ketahui itu adalah baik seperti Syurga dan Iman dan sunnah dan seumpamanya.
Maka kamu sangat layak dan berhak untuk menginginkannya, maka untuk hal² kebaikan seperti ini bukan tempat untuk pasrah kerana wajib berusaha meminta kepada ALLAH TAALA.
…
3. Keinginan yang kamu tidak ketahui secara pasti, ianya mengandungi kebaikan atau kerosakan seperti perkara² mubah.
Contoh : Makan, kenderaan, rumah
Maka keinginan hal mubah ini perlu dipasrahkan kerana kita tidak tahu akibatnya.
Pasrah ketika membuat pilihan perkara bukan haram dan bukan perkara baik.
Maka tempatnya pasrah adalah ketika setiap keinginan yang mungkin ada bahaya di situ dan kamu tidak yakin ada kemaslahatan manfaat atau mudharat yang lebih banyak.
…
Hal 2:
Ada pun makna Pasrah, sebahagian guru² kami mengatakan PASRAH adalah meninggalkan pilihan yang ada mengandungi bahaya kepada zat yang maha memilih dan zat yang maha mengatur untuk menentukan nya.
Maksudnya kita tinggalkan pilihan atau keinginan kita di saat kita tidak tahu maslahat dan mudharatnya dengan PASRAH kepada ALLAH TAALA.
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
Sesungguhnya pasrah itu adalah kita mempunyai keinginan agar ALLAH TAALA menjaga kemaslahatan kita pada sesuatu yang kita tidak merasa aman daripada bahaya.
Al-Muddaththir 74:38
كُلُّ نَفْسٍۭ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ
Tiap-tiap jiwa , tergadai dengan apa dia lakukan.
( baik dapat Syurga , buruk dapat Neraka)
Segala sesuatu tindakan baik yang diambil yang ada kemungkinan berisiko buruk, ketika itu kita pasrahkan .
Contoh berniaga, ada untung rugi.