Thoma’ (Tamak) Lawan Pada Pasrah
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Lawannya PASRAH ada THOMA’ ( TAMAK )
Tamak dalam bahasa adalah keinginan meluap² hingga tidak memperdulikan risikonya.
Tamak ini secara umum ada 2 jenis:
1. Tamak yang terpuji (dengan mengharap sesuatu kepada ALLAH TAALA. )
Kamu menginginkan sesuatu yang tiada bahaya sama sekali.
Maka tamak ini terpuji.
Firman Allah:
Ash-Shu’ara’ 26:82
وَٱلَّذِىٓ أَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لِى خَطِيٓـَٔتِى يَوْمَ ٱلدِّينِ
“Dan (Dia lah) yang sangat² aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
Sangat² itu lah sifat tamak. Dan tamak mengharapkan keampunan ALLAH TAALA adalah terpuji.
Tamak kepada yang baik, tiada bahaya , tiada risiko, maka ianya terpuji.
Dan Firman Allah
Ash-Shu’ara’ 26:51
إِنَّا نَطْمَعُ أَن يَغْفِرَ لَنَا رَبُّنَا خَطَٰيَٰنَآ أَن كُنَّآ أَوَّلَ ٱلْمُؤْمِنِينَ
“Sesungguhnya kami amat berharap supaya Tuhan Kami mengampunkan dosa-dosa kami, kerana kamilah orang-orang yang mula-mula beriman (dalam peristiwa ini)”
peristiwa kisah tukang sihir dan Nabi Musa a.s.
Tukang² sihir sanggup dibunuh Firaun laknatullah asalkan mendapat pengampunan ALLAH TAALA.
…
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
Tamak yang terpuji, tidak perlu dibahaskan. Jelas bagus.
…
2. Tamak yang tercela .
Rasulullah saw bersabda:
” Awas! Jauhi sifat tamak!”
Tamak mendapat hal² keduniaan yang melalaikan seseorang daripada beribadah kepada ALLAH TAALA.
Tamak itu adalah kefakiran yang nyata. Masih teringin ingin memiliki. Sentiasa merasa tidak cukup², ingin sesuatu yang lebih.
Dan dikatakan , hancurnya agama dan rosaknya agama adalah kerana TAMAK. Sanggup buat apa saja demi keinginannya yang meluap-luap.
Dan sedangkan asas agama itu adalah sikap warak ( berhati hati ).
Dan guru kami mengatakan ( Imam Haramain) :
Tamak yang tercela itu ada 2:
1. Kecenderungan hati kepada manfaat yang masih diragukan.
2. Menginginkan sesuatu yang mengandungi bahaya/mudharat.
Maka keinginan seperti ini, itu yang berlawanan dengan PASRAH.