MEMBACA DALAILUL KHAIRAT DI SISI PEMILIKNYA
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sesungguhnya tiada tempat yang lebih membahagiakan melebihi membaca DALAILUL KHAIRAT di sisi pemiliknya.
Menyebut memuji muji kekasih Allah Azzawajalla dan kekasih seluruh alam di sisi junjungan mulia Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
InsyaAllah, andai umur saya hingga akhir Ramadhan, moga moga saya dapat berkumpul dengan mereka yang dipilih Allah Azzawajalla untuk membaca DALAILUL KHAIRAT sepanjang Ramadhan di Masjid Nabawi khususnya dan Masjidil Haram di awal Ramadhan.
Saya menjemput yang jauh dan dekat untuk hadir dan sama sama membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
Sesiapa yang mahu mengikutinya, insyaAllah akan disesuaikan dengan waktu Malaysia.
Sila dapatkan kitab DALAILUL KHAIRAT ini daripada HQ ANNURULHADI kerana mudah sama sama membaca cetakan versi yang sama seperti ijazah yang kami terima.
Sesungguhnya tidak semua orang terpilih untuk membaca DALAILUL KHAIRAT ini. Yang terpilih pasti dipilih. Berdoalah agar terpilih membaca DALAILUL KHAIRAT ini walaupun secara online kerana tidak mustahil ianya menjadi asbab membacanya secara langsung di sisi Nabi صلى الله عليه وسلم.
BaarakAllahufikum