NAK KENA BACA HABIS KAH DALAILUL KHAIRAT INI?
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sedikit PERKONGSIAN.
Sering kali terdengar pertanyaan ” Nak kena baca habis kah DALAILUL KHAIRAT ini?”
“Banyaknya nak baca”
” Uish, boleh kah baca sikit²?”
….
Seringkali saya ditanya dan bila saya jawab boleh , ada lagi soalan sama dan sama.
Lastly saya bagitahu:
“Semua di sini akan mati. Dah lalui perjalanan hidup dari kecil hingga umur tua
Dari muda malas, hingga tua juga malas.
Dari muda sibuk, hingga tua juga sibuk.
Dari muda tak kaya², hingga tua juga tak kaya².
So?
Apa kah alasan alasan sama itu tetap diteruskan?
Kubur mungkin sedang menanti atau kubur mungkin sedang mengusir.
Namun tetap akan masuk KUBUR.
Tanya lah diri sendiri, adakah amalan yang sedikit tapi istiqamah yang boleh jadi jaminan ke KUBUR.
Jika ada sila kan santai². Teruskan menghitung² amalan.
Saya berpegang suatu ayat daripada Nabi صلى الله عليه وسلم
” Barangsiapa ingin dekat dengan ku di akhirat kelak, perbanyakkan SOLAWAT ”
Dan hingga hari ini, belum banyak walaupun mengkhatamkan sebuah DALAILUL KHAIRAT setiap hari.
Saya dah sampaikan kepada semua. Tentang banyak manfaat apabila membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
Terpulanglah kepada masing² kerana kubur masing² dan perjalanan untuk mendapat syafaat Nabi صلى الله عليه وسلم itu berbeza.
Ikutlah…nak layan “perasaan banyak nya nak baca ” atau nak mengejar peluang memperbanyakkan solawat sebelum kematian.