Pendapat Berbeza Tentang Makna QADO’ Dan QADAR
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Menurut Ibnu Hajar Asqalani rahimahullahu taala, di dalam Kitab Fathul Bari:
‘Qado’ itu adalah ketetapan ALLAH di lauh mahfuz.
Manakala Qadar adalah bahagian² terperinci atas ketetapan itu.”
Contoh dalam ketetapan Allah, orang itu akan jatuh. Hanya cara untuk jatuh dari keluar rumah, kemalangan dan jatuh. Cara jatuhnya itu adalah TAKDIR.
Akan tetapi TAKDIR dia jatuh itu adalah QADO’.
…
Apabila ditanya tentang APA MAKNA RIDHO, HAKIKAT DAN HUKUMNYA:
Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ulama’² kami mengatakan:
” Ridho itu adalah tidak marah.
Dan marah itu adalah dengan mengingati bahawa selain yang ALLAH TAALA tetapkan itu lebih layak dan lebih baginya.
Seakan akan dia mengatakan ada ketetapan lain yang lebih baik daripada ketetapan ALLAH.
Dan jika kamu katakan:
” Bukankah kejahatan dan maksiat itu bukankah juga qado’ dan qadar daripada ALLAH TAALA?”
Maka bagaimana seorang hamba itu harus RIDHO terhadap kejahatan dan maksiat itu?
(Bagaimana kita boleh menerima semua itu ketetapan Allah?)
Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya RIDHO itu diharuskan terhadap QADO’.
Sedangkan ketetapan ALLAH terhadap suatu keburukan, bukanlah keburukan bagi ALLAH. ( terserah kepada ALLAH TAALA)
Bermaksud kita tidak boleh menyalahkan Allah dalam hal keburukan dan kemaksiatan.
Yang menetapkan sesuatu QADO’ adalah Allah , kita tidak layak mempertikaikan ketetapan ALLAH TAALA kerana kita hambaNya.
Baik buruk hak Nya untuk menetapkan. Kita tidak layak menolak atau menerima mengikut kemahuan kita.
Yang buruk itu adalah perkara/ hal/ cara yang menjadi punca keburukan itu.
Maka cara yang menjadi punca keburukan itu yang boleh dipertikaikan. Dan kita harus engkar dan bukan ridho dengan cara itu
Contoh :
Seorang lelaki A dia meliwat lelaki lain.
A itu tidak boleh mengatakan ianya Qado’ Allah dia berbuat maksiat.
Maka apabila si A menuduh Allah punca dia bermaksiat , dia telah membuat dosa lebih besar daripada dosa liwat kerana dia telah melibatkan keimanan terhadap Allah.
Ianya melibatkan IMAN.