Rintangan Ketiga ( Dalam Bab Rintangan Ibadah) – Taqdir
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
RINTANGAN KETIGA ( dalam bab rintangan rintangan ibadah )
Ianya adalah taqdir ( qada’ قضاء ) dan keputusan dan kesemua keputusan Allah )
Taqdir ini kadang² menjadi RINTANGAN untuk beribadah kepada ALLAH dan cara mengatasinya agar kita tidak sentiasa memikirkan dan tiada ketidakpuasan dalam hati adalah dengan RIDHO.
( Ridho = menerima dengan senang hati )
Maka hendaklah kamu sentiasa ridho dengan qada’ Allah Taala.
Ianya kerana 2 hal :
1. Agar boleh fokus beribadah. Jika kamu tidak ridho dengan keputusan Allah, maka kamu akan sentiasa sedih, terganggu fikiran, emosi tidak stabil dan hati mu akan sibuk selama lamanya kerana memikirkan kenapa begitu, kenapa begini, kalau itu, kalau ini.
Apabila hati ini sudah sibuk dengan memikirkan masalah² ini, bagaimana dia boleh fokus untuk ibadah?
Sedangkan kamu hanya mempunyai satu hati saja dan kamu telah penuhinya dengan pelbagai masalah ( kesusahan ) apa yang telah terjadi dan akan terjadi dari urusan dunia.
Maka di mana lagi tempat untuk berfikir hal ibadah dan akhirat. Hati dah dipenuhi masalah-masalah dunia.
Sungguh benar apa dikatakan oleh Imam Syaqiq al Balqi rahimahullahu taala:
” sesungguhnya menyesali perkara² yang telah terjadi dan merencanakan hal² yang akan datang , telah menghilangkan keberkahan waktu mu sekarang ini”
..
Dan alasan kedua , kenapa harus ridho dengan qada’ ALLAH TAALA adalah khawatir kemurkaan Allah Taala.
Sungguh telah diriwayatkan kepada kami dalam suatu khabar , sesungguhnya ada seorang nabi, dia mengadukan kepada ALLAH TAALA, berkaitan sebahagian gangguan kaumnya dan Allah Taala mewahyukan kepada nya:
” Apakah engkau akan mengadu kepada ku? Dan Aku bukan Zat yang boleh dicela ( dipersoalkan ) dan kamu mengadu kepada ku?
Urusan mu itu sudah ketetapan KU dalam ilmu ghoib bahawa kamu akan mendapat masalah² gangguan itu.
Kenapa kamu tidak ridho dengan takdir Ku ? Sedangkan telah Aku putuskan.
Apakah kamu ingin merubah dunia kerana kamu? Atau Aku merubah Lauh Mahfudz kerana kamu?
Sehingga Aku putuskan sesuai dengan kehendak mu dan bukan kehendak Ku?
Dan terjadi apa yang engkau sukai dan bukan yang Aku sukai?
Maka demi kemuliaan Ku, Aku bersumpah , seandainya terlintas di dalam hati mu sekali lagi seperti ini, maka pasti Aku akan cabut pakaian kenabian mu dan Aku akan masukkan mu ke dalam neraka dan aku tidak akan peduli kan mu lagi !
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata:
” Maka hendaklah orang yang berakal mendengarkan kebijakkan yang begitu besar daripada ALLAH TAALA dan ancaman yang sangat berat kepada nabi nabiNya dan orang orang pilihanNya.
Semoga solawat Allah kepada mereka semua .
Dan bagaimana pula dengan selain mereka?
Kemudian dengarlah apa yang Allah firman kan :
Jika terlintas di hati mu sekali lagi ( ini menunjukkan lintasan hati itu Allah dah ancam ) dan berbolak balik nya hati mu, maka apatah lagi dengan orang yang menjerit dan minta pertolongan ke sana ke sini, mengadu ke sana sini atas ujian Allah ( kerana merasa kesal kepada ujian itu ) atau dia memaki dengan perkataan celaka lah aku, atau berteriak² kepada Tuhan nya di hadapan manusia ( menyalahkan Allah ) sampai dia mengumpul orang demontrasi kepada Allah .
Dan ini untuk orang yang marah kepada ALLAH TAALA sekali saja, Allah dah ancam kepadanya .
Bagaimana dengan orang yang sentiasa marah, mengeluh kepada Allah dengan qada’ ? Berkali kali ? Dan ini untuk yang mengeluh kepada ALLAH TAALA.
Bagaimana pula ancaman Allah terhadap yang mengadu kepada selain kepada ALLAH TAALA
Kita berlindung kepada ALLAH TAALA daripada keburukan dan kejahatan diri kita dan keburukan amalan² kita.
Dan kita mohon kemaafan daripada Allah dan kita minta Allah mengampuni buruknya adab kita kepada ALLAH TAALA.
Moga² ALLAH TAALA mengampuni dan moga² Allah memperbaiki kita dengan pandangan Allah.
Sesungguhnya Allah Zat yang Maha Pengasih dari segala yang mengasihi.