25May 2018
PERNIAGAAN RAMADHAN
Ramadhan mendatangkan keuntungan yang sangat besar bagi pedagang pedagang amal ibadat.
Musim keuntungan berlipat ganda ini sangat ditunggu tunggu oleh mereka.
Ini kerana 2 sebab :
1 ) Bulan Ramadhan.
2 ) Pembeli amal ibadat yang dijual ialah Allah swt yang tidak pernah merugikan pedagang pedagang.
Malah dijanjikan pembelian dengan nilai yang terlalu banyak dan dirahsiakan sehingga membuat para pedagang bersemangat menjual amal ibadat mereka.
Bukankah rugi orang yang sibuk berjual beli di pasar , di kedai , di pasaraya , di bazar Ramadhan semata mata untuk menjual barangan mereka kepada manusia yang pantang naik harga tetapi tidak berjual beli dengan Allah ?