KEHORMATAN RAMADHAN
Dosa perbuatan jahat atau maksiat juga berlipat kali ganda seperti mana pahala perbuatan atau taat berlipat kali ganda.
Jangan cemarkan Ramadhan kali ini dengan perbuatan yang mengundang azab dari Allah.
Orang orang yang sering melakukan kejahatan dan maksiat serta masih ingin melakukannya susah untuk berubah pada Ramadhan ini.
Tetapi bagi orang orang yang betul betul mahu berubah , ini merupakan satu berita gembira baginya dan satu peluang untuk dia berubah menjadi orang yang soleh.
Mereka tahu Allah menyayangi orang yang bertaubat.
Mereka tahu orang yang bertaubat seperti orang yang tidak pernah melakukan maksiat.
Mereka tahu semua dosa perbuatan jahat dan maksiat mereka diubah menjadi pahala perbuatan baik dan taat.
Hormatilah Ramadhan.
Ulama mengatakan , ” orang yang membatalkan puasanya pada bulan Ramadhan tanpa uzur wajib untuk menahan diri dari makan , minum dan jima’ kerana hormat kepada Ramadhan “.