TAAT ATAU DERHAKA KEPADA RAMADHAN
Gembira hati orang beriman dengan kedatangan Ramadhan.
Sedih hati orang munafiq dengan kedatangan Ramadhan.
___________
Orang beriman rindu pada Ramadhan.
Orang munafiq ingin Ramadhan segera pergi.
Sambutan terhadap Ramadhan berbeza di antara kedua duanya.
___________
Orang beriman sambut dengan cuti kerja , sibuk beribadah , baca Al Quran , solat sunat , berzikir , berdoa dan beriktikaf.
Orang munafiq sibuk bekerja , sedikit masa beribadah , masa lapang diluangkan untuk menonton drama , cerekarama , filem dan video video politik.
Tiada perbezaan kehidupan orang munafiq sebelum datang Ramadhan , ketika di bulan Ramadhan dan selepas perginya Ramadhan.
Manakala orang beriman sebelum Ramadhan telah melakukan persiapan untuk menyambutnya sejak 2 bulan sebelumnya.
Ketika Ramadhan mereka susun jadual untuk beribadat.
Akhir Ramadhan lebih padat jadual ibadah mereka dan tidak sibuk membuat persiapan raya Aidil Fitri seperti orang ramai.
Selepas Ramadhan mereka rindu kepada Ramadhan dan terus beribadat dengan berpuasa 6 hari di bulan Syawal.
Kerinduan mereka tampak ketika mereka tetap berpuasa pada pertengahan dan akhir setiap bulan hijrah dan tetap berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.
Alangkah indahnya jika orang ramai dapat merasakan keseronokan beribadat lebih dari keseronokan yang mereka rasakan ketika menyanyi , menari , berpesta , main game dan perkara lalai yang lain.