Pesanan Ustazah Syahida
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ustazah Syahida Said berpesan:
” Dalam kehidupan ini kita hanya perlu mengumpul pahala² untuk melayakkan que untuk masuk Syurga.
Lakukan apa saja yang boleh mendapat pahala walaupun dengan satu senyuman ikhlas kepada perempuan.
Namun ketika hati berat untuk ikhlas tersenyum, dapatkan pahala dengan memaksa untuk tersenyum.
Sesungguhnya bila kita mendapat ni’mat, kita tersenyum girang, happy sungguh.
Kenapa saat diuji sedikit kita bermuram durja dan sukar untuk tersenyum?
Senyumlah
kerana di sebalik ujian itu Allah akan memberikan pahala besar dan digantikan ni’mat yang lebih baik.
Ayuh! senyumlah kerana ALLAH TAALA
😊😊😊
Ketika kita membuat kebaikan, kita akan rasa selamat daripada musibah², namun jangan kita lupa bahawasa nya Allah Taala akan menguji kita , apakah kita yakin kebaikan kita itu yang menyelamatkan kita atau Allah Taala maha penyelamat?
Ingatlah bahawa semakin kita berbuat baik, ingin menjadi baik, mahu kebaikan, kita akan terima ujian demi ujian sebagai langkah untuk dinaikkan darjat di sisi Nya.
Bersyukurlah apabila diuji kerana Allah Taala sedang mengangkat darjat kita.
Ucaplah
الحمد لله رب العالمين