POINT KE-4: PENGATURAN TENTANG REZEKI (SAMB.)-2
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Jika kamu mengatakan kepada al imam Ghazali rahimahullahu taala :
” Anda terlalu panjang lebar menghuraikan bab ini tetapi berbeza dengan pendirian anda yang awalnya mahu meringkaskan kitab ini, maka aku kata kan:
” Demi Allah! Sesungguhnya huraian ini masih sangat sedikit sekali berbanding dengan apa yang kita perlukan dalam masalah rezeqi.”
Kenapa masalah rezeqi ini amat penting?
Kerana masalah rezeqi ini adalah masalah yang sangat penting berkaitan dengan ibadah.
(Kekhuatiran tentang rezeqi mengganggu untuk kesempurnaan beribadah.)
Bahkan asas permasalahan dunia dan ibadah juga di dalam rezeqi.
( ada sihir, pergaduhan, pembunuhan berkaitan perebutan rezeqi ).
Maka barangsiapa yang mempunyai semangat untuk beribadah, hendaklah dia berpegang dengan apa yang telah aku huraikan.
Jika tidak boleh memegang dengan 4 point pengaturan rezeqi itu, maka dia telah tewas daripada maksud beribadah kepada ALLAH TAALA kerana ada saja gangguan².
Dan yang akan menunjukkan kepada kamu , ketajaman mata hati ulama akhirat adalah mereka membina urusan mereka dengan bertawakkal kepada ALLAH TAALA.
Dan mereka akan mengosongkan waktu mereka untuk beribadah ( yakni mengutamakan ibadah bukan memikirkan hal rezeqi)
Dan memutuskan semua ketergantungan kepada semua hal. ( Tidak bergantung kepada asbab² atau sesiapa pun)
Maka berapa banyakkah mereka telah mengarang kitab?
Berapa banyak nasihat dan wasiat mereka?
Sehingga ALLAH TAALA menguatkan mereka dengan teman² di kalangan ulama² besar.( Ulama’² saling tolong menolong) .Sehingga mereka itu sentiasa dalam kebaikan.
Tidak sebagaimana yang ada daripada sekelompok ulama² zuhud daripada kalangan aliran Karromiyyah( cabang dari fahaman sesat, yang berkeyakinan bahawa iman itu hanya dengan ucapan tidak perlu pembenaran dalam hati dan tidak perlu amalan ) yang menyimpang mazhab mereka.
Bermaksud di sini yang ulama karomiyyah yang masih berpegang kepada asbab dan makhluk.
Dan kita akan sentiasa mulia dengan mengikuti manhaj para ulama kita yang rela meninggalkan tempat² ibadah dan madrasah² sepanjang waktu kerana menjadi imam , menjadi pembimbing di kalangan masyarakat.
Seperti Abi Ishaq asSyairozi rahimahullahu taala yang menulis kitab besar Muhazzab yang disyarahkan oleh Imam Nawawi menjadi Kitab bernama Majmuk.
Seperti Abu Toyyib atThobari rahimahullahu taala yang terkenal dengan tafsirnya Thobari berkata kepada masyarakat nya ” Mahu kah aku karangkan kitab tafisir berkaitan tarikh? ”
Dan Ibnu Fauraq al Asbahani rahimahullahu taala dan seperti guru kami Imam Juwaini rahimahullahu taala atau pun orang² yang sungguh² benar beribadah seperti Abi Ishaq yang alim dan abid.
Dan Abi Said as sufi rahimahullahu taala dan Imam Nasor al maqdisi yang berkata ” Aku belajar fiqih dengan Imam Salim arrozi rahimahullahu taala selama 40 tahun , tidak tertinggal pun satu pelajaran dan aku tidak sakit kecuali satu hari saja. Dan aku mempunyai catatan sebanyak 300 juz dan aku tidak menulis catatan itu kecuali dalam keadaan berwuduk.
Imam al Hafidh ibnu assakir rahimahullahu taala meriwayatkan:
Imam Nasor al maqdisi ini sentiasa zuhud dan mensucikan diri daripada dunia.
Dan kita masih memiliki ulama² yang alim, yang zuhud di dalam umat ini.
Sehingga hati ini tidak mampu mengikuti kezuhudan mereka dalam ibadah.
Dan kita telah terjerumus dengan pelbagai macam ketergantungan yang kemudaratan nya lebih banyak daripada manfaatnya.
( Ketika lapar perlu makan, sakit perlu ubat, nak bergerak perlu kenderaan, tanpa wang hidup susah ~ ini lah ketergantungan kepada asbab² dan lebih memudaratkan kerana menganggu ibadah dan memutuskan pengharapan seseorang daripada ALLAH TAALA.
Maka jika seperti ini tiada kemajuan kerana kita mengundur kebelakang ( agama kita tiada kemajuan ), semangat untuk maju dalam agama telah jatuh dan barkah telah hilang kerana hati tiada ketergantungan kepada ALLAH TAALA.
Dan kelazatan² ibadah telah hilang juga kerana bergantung kepada makhluk.
Maka hampir² tidak ada ibadah yang suci murni kerana beribadah tetapi bergantung kepada makhluk.
Atau jarang sekali, hampir tiada yang mendapat ilmu dan hakikat (keyakinan sempurna kepada ALLAH TAALA. )
Padahal kilauan cahaya sekarang ini, tidak akan kita miliki kecuali dengan manhaj (cara) ulama’ salaf dan guru² kita yang terdahulu.
Seperti imam Harith al muhasibi, imam as Syafei rahimahullahu taala, Imam Muzani rahimahullahu taala ( murid imam Syafei) dan imam Harmalah rahimahullahu taala dan para imam yang lain radiyallahu ajmain.