POINT KE-4: TENTANG PERATURAN REZEKI (SAMBG.)-1
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan telah sampai khabar kepada ku daripada Abi Said al Khorroz rahimahullahu taala berkata:
” Kebiasaan ku bersama dengan ALLAH TAALA, akan mendapat makanan setiap tiga hari.
Maka aku pun masuk ke kampung pendalaman untuk beruzlah. Akan tetapi , sehingga berlalu tiga hari, aku belum mendapat sebarang makanan.
Maka ketika yang hari keempat, keadaan aku lemah dan aku pun duduk kelemahan di tempat ku dan tiba tiba ada suara kedengaran mengatakan ” Wahai Abi Said! Mana yang kamu sukai?
Makanan atau kuat?
Maka aku menjawab:
” Bukan makanan yang aku mahu tapi kekuatan untuk beribadah”
Maka seketika itu juga aku kuat untuk bangun berdiri dan merasa bebas bertenaga. Sehingga aku mampu bertahan sehingga dua belas hari dan juga tidak sakit.
Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata :
Ketika seorang hamba melihat bahawa sebab² mendapat makanan menjadi kuat telah terputus daripadanya dan dia tetap bertawakkal kepada ALLAH TAALA, maka hendaklah dia menyakini bahawa sesungguhnya Allah Taala akan memberikan kekuatan kepada nya.
Maka janganlah dia mengeluh, protes dan seumpamanya. Cukuplah yakin dengan janji Allah Taala dan banyak bersyukur kepada ALLAH TAALA kerana ALLAH TAALA akan memberikan anugerah kepada nya dan ALLAH TAALA akan memperlakukan nya dengan penuh kelembutan kerana ALLAH TAALA telah mengangkat semua keperluan keperluan nya ( tidak perlu makan minum, ubat ) tetapi ALLAH TAALA memberikan kebersamaan dengan Nya.
Dan dia telah mendapat tujuan hidup beribadah kepada ALLAH TAALA dan ALLAH TAALA telah mengangkat beban nya ( mahu makan minum , kuat bertenaga perlu kerja, telah dihilangkan kesusahan , kepenatan mencari rezeqi).
Dan ALLAH TAALA telah memutuskan ikatan tali kebiasaan mendapat rezeqi. Dan ALLAH TAALA tunjukkan kepada nya , jalan kekuasaan Nya tanpa pergantungan selain Nya.
Bah kan ALLAH TAALA menyamakan keadaan nya dengan keadaan para malaikat yang tidak makan minum kecuali tasbih, tahmid, tahlil .
Dan ALLAH TAALA telah mengangkat dia dari keadaan haiwan ternak yang memerlukan disediakan makan, ALLAH TAALA mengangkat kebiasaan itu.
Dia telah dinaikkan darjat di sisi Nya. ( ini lah kebiasaan para arif billah)
InsyaAllah
hendaklah kamu merenungi ini dan kamu akan mendapat untung yang besar.