POINT KE-4: TENTANG PERATURAN REZEKI
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Point keempat: Tentang pengaturan rezeqi
Sesungguhnya Allah Taala telah menjamin rezeki setiap hambaNya ( makanan asas untuk hidup)
Adapun asbab² untuk mendapat makanan dan minuman itu tidak dijamin oleh ALLAH TAALA ( yakni cara mendapatkannya melalui pekerjaan atau cara lain tidak dijamin oleh ALLAH TAALA. Boleh melalui pelbagai cara bukan semestinya wajib bekerja atau tidak berbuat apa² )
Yang jelas, untuk makanan dan minuman nya dijamin oleh ALLAH TAALA!
Maka , apabila seorang hamba itu fokus hanya untuk ibadah dan bertawakkal kepada ALLAH TAALA, kelihatannya seakan² dia tidak akan mendapat rezeqi kerana tidak bekerja.
Maka janganlah dia itu khuatir dengan jaminan rezeqi nya walaupun dia tidak bekerja lantaran fokus ibadah, kerana dia wajib menyakini ALLAH TAALA telah menjamin rezeqinya.
Yang diharapkan daripada ALLAH TAALA adalah keyakinan kepada Nya. Allah Taala yang memerintahkan hambaNya beribadah maka mustahil Allah Taala mensia siakan nya kerana orang yang bekerja pun diberikan rezeqi, mana mungkin orang yang beribadah tiada rezeqi.
Sesungguhnya Allah Taala itu pasti memberikan kekuatan kepada nya agar boleh beribadah dan menghambakan diri kepada ALLAH TAALA. Selama dia masih hidup dan selama masih diperintahkan oleh ALLAH TAALA untuk beribadah.
Dan inilah tujuan setiap penciptaan manusia ( beribadah kepada ALLAH TAALA)
Dan ALLAH TAALA itu berkuatkuasa atas segala sesuatu. Jika ALLAH TAALA berkehendak, ALLAH TAALA akan memberikan kekuatan dengan makan dan minum, malah dengan tanah dan debu pun boleh kuat bertenaga atau ALLAH TAALA boleh memberikan kekuatan hanya melalui tasbih dan tahlil seperti malaikat.
Dan itu telah disabda oleh Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم :
” akan terjadi di akhir zaman, yang makanan seorang mukmin adalah zikir”
Ini membuktikan bahawa makanan seseorang itu bukan hanya tergantung kepada makanan asas tetapi ibadah zikir nya kepada ALLAH TAALA akan menjadi makanan jasmani nya juga bukan sekadar makanan rohani.Lihatlah Malaikat yang mendapat makanan walaupun sentiasa berzikir .
Maka yang dicari seorang hamba adalah kekuatan beribadah bukan makan minum, syahwat dan lain² kenikmatan.
Maka mencari asbab untuk mendapat makan minum tidak boleh dijadikan pegangan.
Kerja atau tidak bukan keutamaan tetapi beribadah kepada ALLAH TAALA adalah kekuatan utama.
Maka kerana ini, orang² yang zuhud, ahli ibadah , mereka kuat beribadat kepada ALLAH TAALA walaupun berhari² mereka beribadah.
Di antara mereka ada yang tidak makan sepuluh hari, sebulan dua bulan akan tetapi tetap kuat beribadah kerana tasbih tahmid mereka itulah makanan mereka.
Di antara mereka ada yang tidak makan sepuluh hari, ada tidak makan sebulan dan mereka tetap kuat bertenaga tidak lemah.
Dan di antara mereka ada yang mengayak tanah dan ALLAH TAALA menjadikan hasil ayakan yang halus itu sebagai makanan sebagaimana telah diriwayatkan oleh Imam Sufyan atThauri rahimahullahu taala bahawa beliau telah kehabisan makanan di Makkah, maka beliau bertahan hidup selama lima belas hari hanya dengan memakan ayakan debu tanah.
Dan Abu Muawiyyah al aswad rahimahullahu taala berkata: ” Aku telah melihat Imam Ibrahim bin Adham memakan tanah liat selama dua puluh hari.”
(Kerana kita dicipta dari tanah, maka ALLAH TAALA menjadikan tanah juga sebagai makanan manusia.)
dan juga diriwayatkan oleh Abu Naim al Asbahani rahimahullahu taala menyebutkan di dalam kitabnya Hilyatul auliyah ( perhiasan para wali ) .
Dari Imam al ‘amash rahimahullahu Taala berkata:
Ibrahim at taini rahimahullahu taala berkata kepada ku : “Aku tidak makan selama satu bulan”
Dan aku bertanya: Satu bulan?
Dan dia menjawab “sebenarnya dua bulan , hanya saja ada seseorang yang merayu kepada ku dengan bersumpah ” Demi Allah, aku meminta kepada mu, makan lah setangkai anggur ini”
Kerana dia telah bersumpah dengan nama Allah, maka aku pun makan anggur itu dan setelah makan perutku sakit.
Subhanallah, justeru makan malah sakit, jika tidak makan lebih sihat.”
Maka imam al Ghazali rahimahullahu taala berkata :
Kamu jangan merasa hairan dengan kisah² seperti itu kerana ALLAH TAALA maha berkuasa atas segala yang Dia kehendaki.
Dan ada seseorang yang sakit dan kamu melihatnya tidak makan apa² selama sebulan tetapi dia tetap hidup.
Sedangkan kebiasaannya orang yang tidak makan akan lemah tidak bertenaga.
Dan ada pun orang yang mati kerana kelaparan , ianya kerana ajalnya telah datang , sepertimana ada yang mati kerana kekenyangan.