TAWAKKAL – BHG 2
بسم الله الرحمن
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعينSambungan bab Tawakkal
Daripada Sulaiman al Qowwash rahimahullahu taala berkata:
” Seandainya seseorang bertawakkal kepada ALLAH TAALA dengan niat yang betul, maka pasti para pemimpin akan berhajat kepadanya.
Maka bagaimana mungkin dia memerlukan seseorang sedangkan Tuhan Nya adalah zat yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji.
( justeru orang yang mendekati pemimpin, pemimpin akan menghinakan nya)
Orang yang mendekati ALLAH TAALA, pasti ALLAH TAALA memuliakannya )
At-Talaq 65:3
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
…..
Abu Muthiq rahimahullahu taala berkata kepada Hatim al Assom rahimahullahu taala:
“Telah sampai khabar kepada ku bahawa anda menempuh pasang pasir dengan tawakkal tanpa ada sebarang perbekalan dan tanpa kenderaan.
Maka Imam Hatim berkata :
Bekal ku ada 4.
” Apakah 4 hal itu?”
Maka beliau mengatakan:
” Aku melihat dunia dan akhirat itu milik ALLAH TAALA.
Dan aku melihat semua makhluk ALLAH TAALA adalah hamba ALLAH dan di bawah tanggungan ALLAH.
Dan aku melihat rezeqi² dan asbab² nya di tangan ALLAH.
Dan aku melihat, ketentuan ALLAH itu akan terjadi di mana² bumi ALLAH.
Maka cukup aku bertawakkal kepada ALLAH.
( Orang yang bertawakkal tidak pernah merasa bersendirian kerana dia bersama ALLAH.
Dia tidak akan gelisah kerana dia ditemani ALLAH)
….
Dan sungguh bagus sekali sebuah syair ini:
” Dan aku melihat orang² yang zuhud dalam ketenangan dan kerehatan kerana hati mereka melihat dunia sebagai tempat bermain, tiada yang serius yang perlu dimasukkan dalam hati.
Mendapat kesenangan, tidak terlalu bangga dan ketika gagal mendapat apa², mereka tidak kecewa.
( sesungguhnya kehidupan dunia adalah senda gurau dan permainan saja)
Al-Hadid 57:23
لِّكَيْلَا تَأْسَوْا۟ عَلَىٰ مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا۟ بِمَآ ءَاتَىٰكُمْۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
…
Kalau kamu melihat mereka, kamu akan melihat suatu kaum yang menguasai dunia. ( menjadi raja di dunia ) Mudah berurusan dengan mereka.