TAWAKKAL – BHG 3
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
( Kebiasaannya TAWAKKAL berkaitan rezeqi )
Dan apabila kamu katakan:
Beritahu kan kepada kami, apakah hakikat TAWAKKAL itu?
Dan apa hukum nya? Dan apa yang harus dilakukan seorang hamba berkaitan masalah rezeqinya? Apakah dia harus bekerja atau dia meninggalkan pekerjaannya. Apakah ketika dia bekerja, dia tidak bertawakkal? Apakah ketika tidak bekerja dia sudah bertawakkal ?
Maka ketahuilah, permasalahan ini akan menjadi jelas apabila kamu tahu 4 hal:
1. Kamu mengetahui makna TAWAKKAL itu.
2.Mengetahui tempat dan saat perlu bertawakkal.
3.Batasan batasan tawakkal.
4.Benteng tawakkal
1.Makna TAWAKKAL itu adalah bererti menyerahkan. ( menyerahkan urusannya kepada pihak lain)
Maka dia menyerahkan urusannya kepada pihak lain yang menjamin keperluannya yang akan mencukupi nya tanpa dia perlu bersusah payah dan tanpa perlu memikirkan keperluannya kerana sudah ada pihak yang menguruskannya. ( telah diwakilkan kepada pihak lain )
Contoh:
Dia mahu ada majlis makan².
Dia mewakilkan orang lain menguruskan hal katering nya, maka dia tidak perlu memikirkan urusan masakan. Sudah menyerahkan mewakilkan kepada pihak katering .
Maka ini lah secara umum makna TAWAKKAL. ( akan tetapi ada perincian dalam hal ini )
2.Tempat dan saat saat bertawakkal
Maka ketahuilah bahawa TAWAKKAL itu digunakan pada 3 tempat:
1. Tempat pembahagian daripada ALLAH.
Ketika Allah membahagi bahagi kan pemberian Nya, maka kita perlu bertawakkal ( maksudnya berapa yang diperolehi daripada ALLAH TAALA, kita TAWAKKAL saja)
Kamu harus YAKIN bahawa Allah Taala tidak akan melupakan kamu. Pasti dapat pembahagian Nya. Kerana ianya merupakan hukum daripada ALLAH TAALA dan hukum ALLAH TAALA tidak akan pernah berubah , cuma banyak sedikit tergantung pembahagian Nya.
2.Tempat TAWAKKAL ini pada PERTOLONGAN ALLAH TAALA
Maksudnya kamu WAJIB bersandar dan percaya kepada PERTOLONGAN ALLAH TAALA apabila kamu menolong ALLAH TAALA dan kamu berjihad di jalan Allah.
Allah Taala berfirman al Imran 159:
“Apabila kamu telah bulatkan tekad , maka bertawakkal lah kepada ALLAH TAALA .”
Dan ALLAH TAALA berfirman , surah Muhammad ayat 7 :
“Apabila kalian menolong agama Allah Taala, maka Allah Taala akan menolong kalian.”
3.TAWAKKAL tentang rezeqi dan hajat
Maksudnya yakin bahawa Allah Taala menjamin akan menegakkan badan mu untuk berkhidmat kepada Nya.
( Kita dicipta sebagai manusia yang wajib beribadah kepada Nya, maka pasti ALLAH TAALA akan menjamin rezeqi hambaNya.
Tidak mungkin, kita disuruh ibadah tanpa menerima imbuhan rezeqi.
Mana mungkin kita dibiarkan beribadah hingga menderita kehabisan tenaga tanpa dapat rezeqi daripada Nya.
Maka semakin besar rezeqi daripada ALLAH TAALA, semakin besar lah ibadah kepada ALLAH TAALA sehingga kamu boleh untuk beribadah kepada ALLAH TAALA tanpa merisaukan rezeqi mu.
Allah Taala berfirman surah atTholaq ayat 3:
” Maka barangsiapa yang bertawakkal kepada ALLAH TAALA, pasti ALLAH TAALA akan mencukupi keperluan nya”
Dan Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
Seandainya kalian bertawakkal kepada ALLAH TAALA dengan sebenar benar TAWAKKAL maka sungguh DIA akan memberikan rezeqi kepada kalian, sebagaimana DIA memberikan rahmatNya rezeqi kepada burung, yang keluar daripada sarangnya dengan perut kosong dan pulang ke sarangnya dengan perut kenyang dan boleh menyuapi anaknya juga.
Maka inilah perkara fardhu bagi seorang hamba dengan dalil aqal dan syarak kesemuanya.
Maka kesimpulannya TAWAKKAL itu adalah dalam masalah rezeqi. ( itulah yang dimaksudkan di dalam bab ini.)
Dan rezeqi ini adalah rezeqi yang dijamin, kerana rezeqi ini terbahagi 4.
1.Rezeqi yang dijamin.
2.Rezeqi yang dibahagi bahagi.
3.Rezeqi yang dimiliki.
4.Rezeqi yang dijanjikan.
1.Rezeqi yang telah dijamin adalah makanan asas dan apa saja yang menguatkan tubuh badan .
Rezeqi inilah yang dijamin oleh ALLAH TAALA
Surah Hud ayat 6:
Hud 11:6
وَمَا مِن دَآبَّةٍ فِى ٱلْأَرْضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَاۚ كُلٌّ فِى كِتَٰبٍ مُّبِينٍ
Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Lauh mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan).
Maka tawakkal terhadap rezeqi yang sudah dijamin itu wajib dengan dalil aqal dan syarak.
Oleh itu seseorang itu wajib merasa tenang dengan jaminan rezeqi itu ( Dalil aqal ) kerana ALLAH TAALA telah membebankan ( berkewajiban ) kepada kita untuk berkhidmat kepada nya dan untuk taat kepada Nya dengan tubuh badan kita.
Maka ALLAH TAALA menjamin REZEQI untuk kita sesuatu yang akan menutupi / menghalang kemudaratan kepada tubuh badan kita agar kita boleh melaksanakan perintah ALLAH TAALA.
Sebahagian ulama’ yang mulia telah mengatakan:
” Sesungguhnya jaminan ALLAH TAALA terhadap rezeqi hamba hambaNya itu wajib di dalam hikmahnya ( KEBIJAKSANAAN) ALLAH menanggung rezeqi hamba itu kerana 3 hal:
1. DIA adalah TUAN, sedangkan kita adalah hamba.
Dan sudah menjadi kewajiban Tuan menanggung hambanya. Sebagaimana seorang hamba itu wajib berkhidmat melayani tuannya.
2. Kerana ALLAH TAALA menciptakan makhluk dan penciptaan nya memerlukan rezeqi.
Secara pasti, ALLAH TAALA tidak menjadikan jalan untuk mencari rezeqi kerana mereka tidak tahu apakah rezeqi mereka yang diperlukan. Di mana rezeqi itu datang dan bilakah dapat rezeqi itu.
Jika semua itu telah diketahui makhluk maka kebijaksanaan ALLAH TAALA itu tiada. Maka Allah Taala tidak perlu menyediakan rezeqi hamba hamba Nya.
Ini adalah rahsia Allah Taala yang para makhluk tidak akan mengetahui. Oleh itu kewajiban ALLAH TAALA untuk menyediakan rezeqi.
3. ALLAH TAALA memerintahkan kita untuk berkhidmat kepada Nya, sedangkan mencari rezeqi itu menjejaskan waktu untuk berkhidmat kepada Nya.
Maka Allah Taala yang wajib mencukupi dan menyediakan rezeqi hambaNya agar mereka semua bersiap sedia untuk berkhidmat kepada Nya.
Hal kedua:
Rezeqi yang telah dibahagikan
Dan adapun rezeqi yang telah dibahagi kan oleh ALLAH TAALA dan telah dicatat oleh ALLAH TAALA di lauh mahfuz .
Ianya adalah apa yang akan dimakan, diminum, pakaiannya , kesemuanya itu ada kadar dan waktu yang telah ditetapkan dan tidak akan bertambah atau berkurang. Tidak dipercepatkan atau diperlambatkan dari sesuatu yang telah ditentukan sejak azali.
Sabda Nabi saw:
” REZEQI itu telah dibahagikan dan telah selesai.
Ketaqwaan orang bertaqwa tidak akan mampu menambah nya dan tidaklah kedurhakaan orang yang durhaka boleh mengurangkan rezeqinya.”
Contoh:
Firaun itu durhaka , namun rezeqinya tidak berkurang langsung.
Oleh itu, apabila ada dalil seperti seseorang yang silaturahim akan bertambah panjang umurnya dan bertambah rezeqi nya, adakah menyalahi hadis di atas?
Jawapan daripada Ulama’ ianya tidak bertambah kadarnya rezeqi itu tetapi ditambah keberkahan umurnya. Bermaksud umur dan rezeqi nya mempunyai keberkahan.
Dan ada ulama’ mengatakan, akan bertambah panjang umurnya dan rezeqinya, walaupun sudah tertulis di lauh mahfuz kerana dalil ini:
Ar-Ra’d 13:39
يَمْحُوا۟ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ وَيُثْبِتُۖ وَعِندَهُۥٓ أُمُّ ٱلْكِتَٰبِ
Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu segala suratan”.
Bab rezeqi yang dimiliki
Maka itu adalah harta yang dimiliki seseorang di antara kita, sesuai dengan yang telah ditaqdirkan oleh ALLAH TAALA.
Dan ALLAH TAALA telah memberikan kepada nya untuk dia memilikinya. Dan harta ini tidak semua makhluk mendapat nya.
ALLAH TAALA berfirman:
Al-Munafiqun 63:10
وَأَنفِقُوا۟ مِن مَّا رَزَقْنَٰكُم
Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu.
Dalil membuktikan ada rezeqi yang diberikan pemilikannya kepada seseorang.
Bab rezeqi yang dijanjikan:
Rezeqi yang dijanjikan kepada orang orang yang BERTAQWA dengan syarat TAQWA.
Rezeqi ini diperolehi secara halal tanpa susah payah.
ALLAH TAALA berfirman di dalam at Tholaq 2 & 3
At-Talaq 65:2
وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًا
Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),
At-Talaq 65:3
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَٰلِغُ أَمْرِهِۦۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْرًا
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.
Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Maka inilah pembahagian pembahagian rezeqi.
Dan di bab manakah yang kita wajib BERTAWAKKAL?
Kita wajib BERTAWAKKAL hanya kepada rezeqi yang telah dijaminkan ALLAH TAALA saja.