KENAPA PERLU BERTAWAKKAL – BHG 2
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Hal kedua alasan perlu bertawakkal ialah kerana jika seseorang meninggalkan TAWAKKAL, dia akan dalam keadaan tertimpa bahaya yang sangat besar.
Kata Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata :
Aku katakan ” Bukankah Allah Taala telah menggandingkan rezeqi dengan penciptaan Nya?
Ar-Rum 30:40
ٱللَّهُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ ثُمَّ رَزَقَكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْۖ هَلْ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَفْعَلُ مِن ذَٰلِكُم مِّن شَىْءٍۚ سُبْحَٰنَهُۥ وَتَعَٰلَىٰ عَمَّا يُشْرِكُونَ
Allah jualah yang mencipta kamu; kemudian Dia memberi rezeki kepada kamu; sesudah itu Dia mematikan kamu; kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Allah itu sesiapa yang …
[8:43 am, 15/03/2023] Ustazah Sahida: Nabi saw telah bersabda kepada Ibnu Umar r.anhuma :
” Bagaimana keadaan mu nanti wahai Ibnu Umar, apabila kamu hidup di antara suatu kaum, yang mereka menyimpan rezeqi mereka selama satu tahun kerana lemahnya keyakinan ”
menyimpan itu kerana tidak YAKIN, esok adakah rezeqi.
Daripada Hassan al Basri rahimahullahu taala berkata:
” Allah melaknat suatu kaum kerana TUHAN mereka telah bersumpah tetapi mereka tidak membenarkanNya. ( tidak percaya ( tidak yakin ) kepada ALLAH TAALA )
Ketika turun ayat adz zhariyyat 23, para malaikat berkata : ” Celaka lah anak Adam kerana mereka telah membuat Allah murka sehingga ALLAH bersumpah untuk menanggung rezeqi mereka!
( mereka tidak yakin sehingga ALLAH bersumpah )
Uwais alQarni rahimahullahu taala berkata:
” Jika kamu beribadat kepada ALLAH TAALA seperti ibadah nya seluruh penghuni langit dan bumi, nescaya ALLAH TAALA tidak akan menerima ibadah mu sehingga kamu menyakini janji nya.
Lalu ditanya seseorang: ” Bagaimana kah cara menyakininya?”
Beliau mengatakan:” Kamu merasa aman ( tenang ) dengan sesuatu yang ALLAH TAALA telah menjaminnya.
Dan bukan hanya dirimu merasa tenang, tetapi jasad mu ikut beribadah kepada ALLAH TAALA. ”
Dan suatu ketika Haram bin Hayyan rahimahullahu taala bertanya kepada Uwais al Qarni rahimahullahu taala:
” Menurut mu, di mana aku selayaknya menetap?”
Maka Uwais mengisyaratkan tangan nya ke arah Syam. Lalu Haram bertanya: ” Jika di sana , apakah pekerjaan ku untuk menyara ku?”
Maka Uwais mengatakan: ” Celaka hati seperti itu! Hati mu telah dijangkiti keraguan. Maka nasihat apa pun tidak akan berguna”
Dan telah sampai khabar kepada kami, bahawa ada seorang penggali kubur yang telah bertaubat di tangan Abu Yazid al Busthomi rahimahullahu taala.
Maka Abu Yazid bertanya kepada penggali kubur tadi tentang pengalamannya sepanjang menggali kubur.
Lalu dia berkata:
” Aku telah membongkar 1000 kubur. Maka aku tidak pernah melihat wajah mereka menghadap kiblat kecuali 2 orang saja.
Maka Abu Yazid berkata:
Ya Allah, kasihannya mereka. Tohmah ( keraguan , tuduhan) tentang rezeqi ini telah memalingkan wajah mereka daripada kiblat.
( maksudnya keraguan mereka tentang berita, jaminan, janji , sumpah Allah berkaitan rezeqi)
Dan kata Imam Ghazali rahimahullahu taala berkata :
Beberapa orang sahabat ku menceritakan kepada ku bahawasanya mereka melihat teman² nya yang soleh telah pun meninggal dunia dan mereka bertanya tentang keadaannya.
” Apakah kamu selamat dengan keimanan mu?”
Mereka menjawab: ” Sesungguhnya orang yang beriman akan selamat apabila mereka bertawakkal “