Batasannya TAWAKKAL
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Batasannya TAWAKKAL
Sebahagian guru kami mengatakan bahawa TAWAKKAL itu adalah menyandarkan hati kepada ALLAH TAALA dengan seratus peratus pasrah.
Dan memutuskan pergantungan kepada selain Nya.
( Hati tidak bolak balik selain disandarkan kepada ALLAH TAALA)
Dan sebahagian mereka mengatakan bahawa TAWAKKAL adalah menjaga HATI daripada selain ALLAH TAALA.
( Hati terasa sifat berserah itu hanya kepada ALLAH TAALA) Dengan memutuskan ketergantungan kepada selain Allah.
Sheikh Abu Amar rahimahullah berkata:
“TAWAKKAL adalah memutuskan ketergantungan selain ALLAH. ”
Ketergantungan itu bermaksud mengingat sesuatu selain Allah.
Contoh:
Orang yang lapar, dia ingat kepada makanan. Bermakna masih bergantung kepada makanan, bukan selain Allah. Dia belum bertawakkal.
Yang dikehendaki adalah ketika terjadi sesuatu, yang dia wajib ingat adalah ALLAH TAALA.
Akan tetapi pendapat² itu menurut ku ( Imam Ghazali rahimahullahu taala ) ianya hanya satu makna saja, yakni TAWAKKAL itu adalah kamu menempatkan hati mu dengan yakin bahawa tegak nya tubuh mu , terpenuhinya keperluan mu dan yang mencukupi mu adalah ALLAH sahaja, tiada sesuatu pun kecuali ALLAH TAALA.
Bukan benda² dunia dan juga bukan satu sebab apa pun.
( Kebiasaannya manusia itu sentiasa mencari asbab² jika aku makan , maka aku kenyang)
Kemudian jika ALLAH TAALA mengkehendaki, Allah akan mencukupi keperluan dengan sebab², ( Allah bagi kenyang mu dengan makanan,)
Dan jika ALLAH TAALA mengkehendaki, Dia akan mencukupi mu dengan kudratNya ( kekuasaanNya) tanpa ada sebab dan tanpa ada perantara.
( untuk memahami jalur kudrat Allah itu bukan di bawah aqal kita yang lemah untuk berfikir sehebat mana kekuasaan ALLAH TAALA.
Kita tidak mampu berfikir )
Maka untuk menolak sebab itu ( tanpa makanan boleh kuat, kenyang) ianya memerlukan HATI YANG MANTAP, YAKIN SEPENUHNYA KEPADA ALLAH.
Perintah untuk bertawakkal itu adalah kepada hati. Kalau kamu ingat dalam hati mu seperti itu , kamu tempat kan hati mu seperti itu, dan hati sudah putus dari makhluk, dan putus daripada sebab² ini, maka kamu telah mendapat kan hakikat tawakkal .
Ambil kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s ditinggalkan di lembah tandus oleh Nabi Ibrahim a.s.