TERLALU BANYAK YANG DIMUDAHKAN
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
Tanpa menidakkan mukjizat AlQuran, sesungguhnya setelah beramal membaca DALAILUL KHAIRAT ini terlalu banyak yang dimudahkan.
Buat pertama kali nya dalam Ramadhan saya menikmati RAMADHAN.
Dulu saya banyak membaca AlQuran di bulan Ramadhan, kebiasaannya khatam 5x sebulan Ramadhan.
Tapi kali ini saya menguntukkan waktu untuk khatam Dalailul Khairat dan khatam alQuran tanpa sebarang tekanan dalam diri.
Dulu saya target KHATAM AlQuran kerana ganjaran² Ramadhan tapi kini saya khatam sekali saja dan merasa puas.
Iya kepuasan itu yang bernilai. Dan SUBHANALLAH, tiada sekali pun ketika membaca AlQuran dan Dalailul Khairat saya tersenguk senguk. Tiada lagi adegan alQuran terpelanting kerana terlelap🤫
Alhamdulillah.
Saya amat bersyukur dengan pilihan Allah Taala yang memilih kita semua membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
Banyak yang saya melihat dan merasai dan menikmati hal hal yang dulu tidak terfikir.
Sedikit PERKONGSIAN.
Semua ingat saya berduit kerana mampu duduk di Madinah Makkah sebulan lebih.
Hakikat nya saya tiada duit pun. Tapi saya ingat satu hal yang saya buat. Yakni saya menjual Hot Blower tanpa sertai MLM. Kerana MLM adalah HARAM kecuali upline tu ada bantu downline. Jika just makan bonus tanpa bantu downline, ianya haram.
Saya guna Hot Blower dan ianya bagus untuk kesihatan saya, penderitaan bahu saya yang terkeluar dari sendi 95% sembuh dengan izin ALLAH TAALA setelah guna hot blower.
Setelah saya menjual hor blower kerana Allah Taala yakni keuntungan pun untuk membantu SABILILLAH, saya tidak join MLM bermakna tiadalah rangkaian downline dan level , TIADA LAH BONUS.
Saya fokus membaca DALAILUL KHAIRAT ini tanpa fikir rezeqi saya pun. Saya berazam nak pergi ziarah Nabi صلى الله عليه وسلم dan nak baca Dalailul Khairat di dalam Rawdhah. Itu saja.
Sahabat saya Wani dan Sali, wajib tadah telinga mendengar impian saya😅 dan mereka selalu sebut
insyaAllah, ustazah p ziarah Nabi صلى الله عليه وسلم.
Saya tidak bagitahu suami saya tiada duit kerana mesti dia kata ” Tak ada duit macamana nak pi”
Tapi tiap kali baca Doa permulaan Dalailul Khairat, saya minta nak ziarah Nabi صلى الله عليه وسلم، saya minta redho nak sebarkan Dalailul Khairat. 😊
Hinggalah suatu hari pada 31 Jan 2023, saya buat majlis Dalailul Khairat di Bandar Penawar, Kota Tinggi .
Bersama cikgu @Ekin dan rakan² nya, kami membaca DALAILUL KHAIRAT ini dari jam 3.30pm hingga khatam jam 10pm+-
( sembang lebih lama🤣)
Dan usai majlis , saya buka whatsapp dan Allahu Akbar, stokis yang saya berurusan, membantu saya dapat produk² Hot Blower secara PERCUMA.
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم
Allahu Akbar.
Kata nya:
” Ustazah, Nak pergi umrah kan? Nah ini hadiah daripada Allah”
Bagaimana cara nya , tidak perlu saya ceritakan tapi yang nyata ALLAH MENGHANTAR REZEQI untuk saya jual dan duit itu untuk saya ZIARAH NABI صلى الله عليه وسلم.
Sesungguhnya Allah Taala maha kaya dan Allah Taala dan para malaikat sentiasa bersolawat kepada Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Maka Allah Taala maha mengetahui apa di lubuk hati saya dan Dia menjemput saya untuk ziarah Nabi صلى الله عليه وسلم dan juga Allah Taala hadiahkan saya bebas masuk Rawdhah bila saya mahu tanpa perlu nusuk atau bayar. Alhamdulillah.
Sahabat,
Banyak jika saya mahu tulis, tapi nanti hampa jemu🙏
Cuma saya nak bagitahu, InsyaAllah saya tidak jemu untuk memaksa kalian membaca DALAILUL KHAIRAT kerana itu janji saya di depan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
Saya merayu
” Wahai Nabi, daku merayu kepada mu untuk meredhoi ku menyampaikan Dalailul Khairat dan tolong mohon kepada Allah Taala agar mematikan ku ketika daku sedang membaca DALAILUL KHAIRAT ini ”
Maka suka atau tidak suka, selagi hayat di kandung badan, saya akan mengajak kalian untuk membaca DALAILUL KHAIRAT ini.
Kerana ianya bukti kita menyintai Allah Taala dan Rasulullah صلى الله عليه وسلم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
🙏👌💗