HADIAH TERBAIK
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Ramadhan.
Ramadhan sememangnya suatu bulan yang penuh keberkatan. Namun tidak semua mendapat ni’mat keberkatan itu.
Ramadhan.
Suatu hadiah daripada ALLAH TAALA untuk umat MUHAMMAD صلى الله عليه وسلم , namun tidak semua mendapatnya.
Sesungguhnya saya ingin berkongsi pengalaman Ramadhan kali ini.
Hadiah teristimewa daripada ALLAH TAALA untuk saya adalah RAMADHAN kali ini bukan guide sahabat dan rakan bertadarus alQuran tetapi guide membaca DALAILUL KHAIRAT .
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sesungguhnya tidak saya pernah menyangka apalagi terfikir, dengan membaca DALAILUL KHAIRAT ini, ramai yang mendapat keberkatan RAMADHAN.
Alhamdulillah.
Ramai yang dalam grup DALAILUL KHAIRAT ini memberitahu suatu hadiah yang sama, yakni masing masing memberitahu merasa amat TENANG .
Allahu Akbar.
Tenang itu suatu hadiah istimewa. Bila tenang, dapat handle masalah dengan baik. Bila tenang, mulut tak mengumpat, tak mengutuk, tak marah² dan TIDAK MEMBEBEL.
Saya merasai ketenangan itu. Saya belum sekali pun rasa nak marah walau pun ditipu seseorang. Rasa okay je. Alhamdulillah .
Malah saya tidak terasa, tidak sakit hati, tidak sedih, tidak macam² . MasyaAllah.
Menantu saya juga merasa ketenangan itu. Tiada panic attack. Dapat handle anak² dan rumahtangga tanpa terjerit² marah² kepada anak².
Ibu², bila kita letih kita nak marah kan?
Lebih nak marah, suami dan anak² tidak membantu di dapur.
Kerja pejabat pula menambah beban. Apalagi berjumpa berurusan dengan orang² luar , serabut , stress, anxiety.
Tapi percaya lah, saya menulis dari dalam Masjid Nabawi, dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم , asbab kami membaca DALAILUL KHAIRAT ini, kehidupan kami menjadi mudah, lancar.
Kami tiada kerisauan , malah rasa simple je sebenarnya masalah², yang sakit pun semakin sembuh, yang susah semakin senang.
Kenapa?
KETENANGAN ITU MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH.
Tidak disangka bahawa membaca DALAILUL KHAIRAT ini, suatu ketenangan yang dulu sukar dinikmati.
Sesungguhnya benarlah RASULULLAH صلى الله عليه وسلم itu nur. Menyebut² nama nya menghadirkkan nur di dalam jiwa.