Tip untuk #elak #kekeringan DUIT SELEPAS RAYA.
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Sama ada kerja makan gaji @ bisnes, Raya akan keluar duit lebih daripada biasa. Apa lagi makan gaji. Gaji awal, Mei baru gaji.
Sedikit tip yang saya belajar daripada guru saya dan telah amalkan. Tip duit tak pernah kering.
Ada 2 hal beliau lakukan.
Sebelum Ramadhan , sejak setahun lalu, dia berazam menghabiskan keseluruhan pendapatannya untuk Ramadhan.
1. Beliau ambil 50% pendapatannya untuk #SimpananKekalAkhiratnya.
Maksudnya, di infaq Ramadhan & dibeli produk produk yang membantu agama Allah Taala.
Persiapan raya nya tetap ada. Biskut dibeli daripada peniaga taqwa , soleh. Kerana ini termasuk simpanan akhiratnya.
Bajunya dibeli dengan niat untuk ikut sunnah berbaju raya dan bukan niat orang lain tengok pakaian rayanya cantik , mahal, berjenama.
Rumah dihias dengan niat untuk meraikan tetamu tanpa perlu menukar perabot dll.
Niat pergi beraya untuk silaturrahim.
..
Amalan keduanya:
Beliau membaca banyak solawat. Terutama solawat Dalailul Khairat. Barkah banyaknya menyebut #sebanyak #عدد ketika bersolawat dalam DALAILUL KHAIRAT, rezeqinya juga banyak.
Bisnes kecilnya sentiasa ada untuk dia merealisasikan impian menghabiskan kesemua pendapatannya khas di bulan Ramadhan.
Adakah beliau risau akan kering duit di bulan Syawal?
Tidak sama sekali. Katanya #JANJI Allah itu pasti.
“Apabila saya menghabiskan rezeqi saya untuk perkara² mendekati ALLAH TAALA, Allah dah janji akan membalasnya dengan 7x lipat & belum pernah dalam sejarah orang yang berinfaq harta dan dirinya akan kesempitan hidup, belum pernah”
لا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم