Tip kaya selama setahun
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Alhamdulillah dengan rahmat ALLAH TAALA,hari ini kita bertemu sekali lagi hari Asyura yakni 10 Muharram
Hari 10 Muharram ni adalah hari yang amat membahagiakan ustazah, selain daripada menantinya bulan Ramadhan dan juga 12 rabi’ul awwal.
Jadi setiap tahun saya dan menanti hari 10 Muharram kerana rasa terlalu seronok.
Hari paling gembira dan membahagiakan pastinya 12 Rabi’ul awwal. Hari terindah untuk seluruh alam.
Seterusnya 1 Ramadan dan menanti pula 10 akhir Ramadhan untuk beribadat malam dan siang. Masyaallah rasa gembira dan bahagia.
Kemudian tunggu pula hari Arafah untuk berpuasa dan rasa gembiranya .Ya Allah dengan kedatangan hari Arafah diampunkan dosa bila berpuasa.
Dan bila hadirnya satu Muharam dah rasa seronok sebab akan adanya 10 Muharram.
Gembiranya menanti 10 Muharram kerana ianya begitu istimewa selain daripada ganjaran yang ALLAH TAALA berikan, ianya juga mengimbau kenangan semasa kecil.
Dulu zaman kanak kanak memanglah tak pandai tak tahu tentang hukum-hakam. Banyak yang tak tahu tetapi Alhamdulillah Mak Abah ustazah mengajar apa yang perlu dilakukan sunat sunat sewaktu hadirnya 10 Muharram.
Dulu masa saya kecil ustazah tak tahu pun sunat berpuasa 10 Muharam . Zaman dulu dulu bab puasa ni memang tak meluas pemahamannya. Tak berapa faham fadhilat berpuasa 10 Muharam. Mungkin kerana kanak-kanak.
Tapi dah tua-tua ni, setelah bertambah ilmu , menghadiri majlis ilmu , baru tahu antara amalan 10 muharam adalah berpuasa!
Oleh itu dengan hadirnya 10 Muharram, hari ini ustazah nak mengimbau balik apa yang dilakukankan semasa kecil.
Dah tua tua ni banyak dilakukan tapi ustazah amat merindui suasana masa kanak kanak serta terbayang lagi kecomelan ustazah sewaktu kecil?
Dulu bila sepuluh Muharam , yang pertama orang kampung kalut dan sibuk adalah nak masak bubur asyura.
Maka mereka akan kongsi dan kumpul duit mungkin dengan bayaran RM 1 2 sekeluarga.
Kemudian akan masak banyak-banyak , beramai-ramai masak bubur asyura dan kemudian diberikan setalam setalam setiap rumah.
Seronoknya bila terima bubur Asyura yang masih wangi dan panas-panas. Rasa lapar.
Tak sabar nak makan dan biasanya mak akan marah kerana kami tak sabar nak makan bubur asyura.
Mana yang degil , mak akan paksa telan panas panas! Rasa panas baru sedar diri?
Hari Asyura, pagi pagi mandi sunat asyura. Alhamdulillah diberitahu mandi sunat mandi macam biasa lafaz sunat . Kami ikut tanpa bertanya kenapa dan apa fadhilatnya.
Cuma bab berpuasa je kami kanak kanak tak buat. Orang dulu-dulu mungkin hanya orang tua yang berilmu dan warak saja berpuasa sunat Muharram tapi kanak-kanak tak diajar untuk berpuasa .
Tapi ustazah bersyukur, anak anak kini telah diajar untuk turut berpuasa. Mujahid walaupun berumur 8 tahun turut berpuasa, walaupun dia masih kanak-kanak untuk sama-sama berpuasa sunat tasu’a semalam dan juga hari ini sunat 10 Muharram.
Moga moga didikan berpuasa sunat Muharram ini akan kekal selama Mujahid hidup. INSYAALLAH
Semasa kecil dulu selepas mandi sunat Muharram, kami potong kuku dan pakai celak . Semua mata kami hitam pada hari 10 Muharram.?
Kemudian Mak Abah akan menyuruh kami menjemput anak yatim Biasanya Mak suruh kami pergi mencari anak yatim dalam kampung.
Kemudian anak anak yatim datang jumpa mak sebab mak ada kedai , jadi kami bawa anak yatim pergi jumpa mak.
Yang kelakarnya yang ustazah masih ingat, anak-anak yatim tu kalau katalah ada dua tiga orang habis satu kampung kanak-kanak berarak beramai-ramai mengiringi anak yatim tu pergi berjumpa mak.
Lalu anak yatim tu kami akan usap rambutnya dari belakang . Bermula daripada belakang dibawa ke depan, memang berserabut habis rambut anak yatim?
Kemudian mak akan bagi duit ,bagi makanan kepada mereka. Dan memang bila mereka balik, akan tersenyum rasa gembira sebab rasa dihargai. Ini antara sebab ALLAH suruh raikan anak yatim pada 10 muharam terutamanya.
Dan abah pula dia akan keluar rumah mencari yang sakit dan Abah akan menziarahi juga orang orang alim dalam kampung tu terutama guru Quran lah.
Kebiasaannya kami akan pergi menziarahi tok tok guru Quran Mak suruh ja kami pun pergilah ziarah Tok Guru Quran untuk ambil Barakah sambil sedeqah beberapa ringgit.
Bersedekah pada hari 10 Muharam memang adalah di amalan yang Mak Abah didik apatah lagi hari ini hari 10 Muharram .
Biasanya hari ini hari untuk belanja keluarga. Gembirakan keluarga hari ini. Memang kami makan besar macam.
Macam macam mak beli . Mak keluarkan duit, Abah keluarkan duit belanja dan masak sedap sedap untuk hari ini, hari kebesaran 10 Muharram.
Sebab tu sampai hari ini bila hari 10 Muharram, memanglah ustazah akan cepat-cepat fikirkan untuk berbelanja besar ini untuk menggembirakan ahli keluarga , gembirakan anak , gembirakan mak, gembirakan sahabat sahabat, gembirakan fakir miskin. Hari ini hari nak berbelanja besar!
Bila ustazah dah menuntut ilmu , baru faham daripada kitab banyak kelebihan kelebihan yang diamalkan oleh Mak abah dulu sempena 10 Muharam.
Syeikh Aminuddin Abd Rahim kebiasaannya bila hari 10 Muharram, beliau akan pergi cari tok tok guru yang tua-tua dan menziarahi kemudian menyampaikan sedekah . Dan ustazah tumpang sekaki bersedeqah.
Sesungguhnya 10 Muharram adalah hari yang menggembirakan orang orang miskin, gembirakan fakir, gembirakan anak yatim, gembirakan orang sakit, gembirakan alim ulama’, gembirakan keluarga.
Ganjaran yang ALLAH Subhanahu wa Ta’ala berikan kepada hambanya yang bersedeqah, menggembirakan orang lain pastilah terbaik. Masyaallah tabarakallah!
Oleh itu hari ini kita dah dipanjangkan umur untuk menjalani kehidupan pada 10 Muharam. Cuba usahakan untuk menghidupkan 10 muharram dengan sebaik mungkin.
Jika mampu berpuasa, bersedekah, menziarahi orang sakit,menziarahi alim ulama.
Potong kuku walaupun kuku pendek cuba usahakan potong juga. Bercelak mata agar mata sihat setahun mendatang. Bercelak bukannya pakai eyeliner ke, bukan pakai eyeshadow dan sebagainya tapi pakai celak Sunnah RASULULLAH SAW .
Hari ini ada duit atau tak ada duit usahakan untuk membelanja keluarga makan besar.
Hari ini hari yang apabila kita membelanjakan rezeki itu akan menambahkan rezeki kita selama setahun.
Kita akan jadi orang yang kaya selama setahun, Insyaallah ! Apabila kita ikhlas membelanjakannya.
Usahakanlah kalau ada barang kemas pergi gadai kalau tak ada duit Belanjalah besar besaran hari ini!
Hari ini hari untuk keluarkan duit apa yang ada untuk bersedekah. Sedekah sebanyak mungkin. Jangan berkira! Jangan kedekut! Jangan takut tentang rezeki kita! Jangan menangguhkan!
Sebab ALLAH TAALA sudah berjanji akan ditambahkan rezeki kita setahun! Kita akan jadi orang yang kaya. Maka hari ini hari untuk kita bersedekah!
Percayalah satu je jangan kedekut. Berikanlah sebanyak mungkin kerana apa?
Inilah pelaburan yang terbaik . Di mana apabila kita bersedekah hari ini, hari ini saja kita bersedekah , Masyaallah digandakan sehingga setahun kita kaya ! Jadi ambillah peluang untuk bersedekah sebanyak mungkin.
Jika tak tahu tempat yang baik untuk bersedekah insyaAllah hubungi HQ di no +60134400212, ustazah akan cuba bantu salurkan ke mereka yang miskin tetapi SOLEH.
Mungkinlah , mungkin kerana ustazah mengamalkan bersedekah yang banyak pada hari 10 Muharram, mungkin itu adalah salah satu sebab kenapa ustazah bebas hidup tanpa hutang . Tak susah macam orang lain. Malah Alhamdulillah dicukupkan rezeki hingga boleh dilebihkan untuk membantu yang lain.
Mungkin ini satu amalan dari kecil hingga sekarang menyebabkan ustazah hidup Alhamdulillah tiada hutang.
INSYAALLAH
AMALAN 10 MUHARRAM (ASYURA)
Sumber kitab :
١. احياء علوم الدين
٢. الغنية
٣. كنز النجاح والسرور
٤. خزينة الأسرار
٥. تنبيه الغافلين
٦. ارشاد العباد
٧. اعانة الطالبين
٨. الفوائد المختارة
٩. مناهيج الامداد
١٠. نهاية الزين
AMALAN PADA MALAM ASYURA
Shalat 2 raka’at atau 100 raka’at, bacaan tiap raka’at setelah Fatihah Al-Ikhas 3x.
Niatnya:
“Aku niat shalat malam Asyura 2 raka’at sunnah karena Allah Ta’ala.”
Setelah shalat membaca Tasbih 70x, Shalawat 70x, Ayat Kursi 360x beserta Basmalah.
Fadilahnya:
> Akan diberi kenikmatan ketika matinya.
> Kehidupannya menjadi berkah.
> Diberi pahala ibadah penduduk 7 lapis langit.
*12 AMALAN PADA SIANG HARINYA*
1. Puasa
Fadilahnya:
> Diberi pahala 10 ribu ibadah Malaikat
> 10 ribu pahala orang yang mati syahid
> 10 ribu pahala ibadah haji dan umrah
> dihapus dosa setahun yang telah lampau
> diberi pahala puasa setahun
> dihapus dosa 60 tahun
> dan ditulis ibadah 60 tahun siangnya berpuasa malamnya beribadah.
Disunnahkan puasanya dari tanggal 9 – 10 atau 10 – 11
Karena orang Yahudi pun suka berpuasa di hari Asyura
2. Shalat 4 raka’at 1x salam. Bacaan tiap raka’at Al-Ikhlas 50x.
Shalatnya bisa digabungkan dengan shalat dhuha.
Niatnya:
“Aku niat shalat dhuha dan hari Asyura 4 raka’at sunat karena Allah Ta’ala.”
Fadilahnya:
Dihapus dosa 50 tahun yang telah lampau, 50 tahun yang kemudian dan dibangun di alam arwah seribu istana terbuat dari cahaya.
3. Silaturrahim.
Fadilahnya:
Panjang umur dan luas rezeki.
4. Mengunjungi alim ulama baik yang masih hidup atau sudah wafat.
Fadilahnya:
Diberi pahala ibadah 70 tahun.
5. Menengok orang sakit.
Fadilahnya:
Seakan-akan menengok seluruh keturunan Nabi Adam as.
6. Memakai sifat mata(celak)
Fadilahnya:
Selama setahun dijaga dari penyakit mata.
7. Mengusap kepala anak yatim.
Fadilahnya:
Setiap 1 helai rambut 1 derajat di surga.
8. Bersedekah.
Fadilahnya:
> Sama dengan pahala sedekah setahun.
> Permohonannya dikabulkan.
> Bila memberi makan, maka seakan-akan ia telah memberi makan seluruh umat Nabi Muhammad hingga kenyang.
> Bila memberi minum, maka di hari kiamat tidak akan merasa haus selamanya dan seakan-akan ia tidak bermaksiat sekejap matapun.
9. Mandi.
Fadilahnya:
Dilepaskan kesakitan , kecuali sakit menjelang kematian.
10. Menggembirakan keluarga.
Fadilahnya:
> Allah akan memperluas rezekinya selama setahun penuh.
11. Memotong kuku.
Ada 5 kesucian (fitrah):
1. Mencukur bulu kemaluan.
2. Khitan.
3. Mencukur kumis.
4. Mencabut bulu ketiak.
5. Memotong kuku.
12. Membaca surat Al-Ikhlas 1000x.
Fadilahnya:
Ketika sakaratul maut akan diperlihatkan tempat duduknya di surga atau diperlihatkan kenikmatan-kenikmatan surga.
Doa-doa yang dianjurkan ketika hari Asyura
diantaranya adalah :
*حَسْبِيَ الله وَ نِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْر*ُ
Disebutkan oleh beberapa ulama diantaranya al-Allamah Dairobi , Sayyid Muhammad al-Amirus, al-Allamah Syeikh Ajhuri:
Barang siapa yang membaca doa diatas sebanyak 70x pada hari Asyura dan kemudian dilanjutkan membaca doa di bawah ini :
*بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آِلهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ الْعَرْشِ لَامَلْجَأَ وَلَامَنْجَا مِنَ اللهِ إِلَّا إِلَيْهِ. سُبْحَانَ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِهِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا أَسْأَلُكَ السَّلَامَةَ كُلِّهَا بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَلَاحَوْلَا وَلَاقُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ، وَهُوَ حَسْبِيْ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى نَبِيِّنَا خَيْرَ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ أَجْمَعِيْنَ*.
sebanyak 7x , maka Allah akan menjaganya dari kejelekan pada tahun itu, dan insyaAllah tidak akan meninggal di tahun itu. Adapun orang yang sudah dekat ajalnya tidak diberi taufik oleh Allah untuk membaca doa tersebut.
Disebutkan dalam kitab “Fathul Bari” : Beberapa kalimat barang siapa membacanya di hari Asyura maka hatinya tidak akan mati, yaitu :
*سُبْحَانَ اللهِ مِلْءَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَي الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ الْعَرْشِ، وَالْحَمْدُ لِلهِ مِلْءَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ الْعَرْشِ ، وَاللهُ أَكْبَرُ مِلْءَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعِلْمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَا وَزِنَةَ الْعَرْشِ لَا مَلْجَأَ وَلَا مَنْجَا مِنَ اللهِ إِلَّا إِلَيْهِ، سُبْحَانَ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا، اَلْحَمْدُ لِلهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا ، وَاللهُ أَكْبَرُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْرِ وَعَدَدَ كَلِمَاتِ التَّامَّاتِ كُلِّهَا ، أَسْأَلُكَ السَّلَامَةَ كُلِّهَا بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَلَاحَوْلَا وَلَاقُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ أَجْمَعِيْن*َ.
Dan juga dianjurkan untuk membaca doa ini :
*اَلَّلهُمَّ يَا مُفَرِّجَ كُلِّ كَرْبٍ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَا مُفَرِّجَ ذِى النُّوْنِ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَاجَامِعَ شَمْلِ يَعْقُوْبَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَاغَافِرَ ذَنْبِ دَاوُدَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَاكَاشِفَ ضُرِّ أَيُّوْبَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَا سَامِعَ دَعْوَةَ مُوْسَى وَهَارُوْنَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَا خَالِقَ رُوْحَ مُحَمَّدٍ حَبِيْبِكَ وَمُصْطَفَاكَ يَوْمَ عَاشُوْرَاءَ، وَيَا رَحْمنَ الدُّنْيَا وَ الْآخِرَةِ لَا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ وَاقْضِ حَاجَتِيْ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَأَطِلْ عُمْرِيْ فِي طًاعَتِكَ وَمَحَبَّتِكَ وَرِضَاكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَأَحْيِنِيْ حَيَاةً طَيِّبَةً، وَتَوَفَّنِيْ عَلَى الْإِسْلَامِ وَالْإِيْمَانِ، يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ، وَصَلَّى اللهُ تَعَالَى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ*
والله اعلم بالصواب .
#apa yang baik jadikan panduan , amalkan dan sebarkan.
#apa yang buruk jadikan sempadan.