Category Archives: AGAMA
Solawat Tafrijiyyah/ Solawat Kamilah
Solawat ini sesuai untuk yang berhajat. Yang sakit. Yang bermasalah. Amalkan. Namun satu pesanan saya; Bersolawatlah kerana menyintai RASULULLAH SAW bukan kerana mahu meminta rezeqi banyak, mahu sembuh dll. Ikhlaslah kerana cinta❤
SEDEKAH RAMADHAN
Sedekah yang dilakukan di bulan Ramadhan ialah sedekah yang paling baik dan paling banyak pahala. Sebahagian ulama’ mengatakan ia di antara sedekah sedekah yang paling baik kerana ada juga sedekah sedekah yang paling baik dilakukan pada keadaan yang lain. Ini kerana sedekah merupakan salah satu cara berkongsi apa yang dimiliki dengan hamba hamba Allah yang […]
FAEDAH FAEDAH SEDEKAH
1 ) Membersihkan diri orang yang bersedekah dari dosa dosa dan kesalahan. Allah berfirman : ” Ambillah sebahagian dari harta mereka menjadi sedekah , supaya dengannya engkau membersihkan mereka dari dosa dan mensucikan mereka dari akhlak yang buruk. Dan doakanlah untuk mereka kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan ingatlah , Allah Maha […]
DOA SELEPAS DIJAMU MAKANAN
Selepas Rasulullah berbuka puasa di rumah Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz , Rasulullah membaca doa berikut : أَفطَرَ عِندَكُمُ الصَّائِمُونَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ الأَبرَارُ ، وَصَلَّت عَلَيكُمُ المَلائِكَةُ Aftoro ‘indakumus soo imuuna , wa akala to ‘aamakumul abroru , wa sol lat ‘alaikumul malaa ikatu Maksudnya : Semoga orang orang yang berpuasa berbuka […]
AKU PUASA PENUH
Rasulullah melarang kita dari mengucapkan kata kata seperti ini : ” Aku puasa penuh ” ” Aku solat terawih setiap malam ” ” Aku qiyamullail setiap malam ” Perawi hadis mengatakan : ” Aku tidak tahu samada Rasulullah tidak suka orang yang memuji dirinya sendiri atau kita disuruh untuk tidur ” Kata kata ini juga […]
KERUGIAN MASYARAKAT KETIKA RAMADHAN
Ramai yang mengetahui mereka berada di bulan keampunan. Mereka juga mengetahui jika mereka menjaga diri mereka dari melakukan setiap kehendak hawa nafsu dan melakukan semua yang diwajibkan seperti puasa dan menghidupkan malam malam Ramadhan dengan ibadat maka mereka diampunkan semua dosa dosa kecil yang lalu. Tetapi mereka tidak peduli dengan tuntutan itu sehingga Ramadhan berakhir. […]
KEGEMBIRAAN ORANG YANG BERPUASA
Mereka mendapat 2 kegembiraan. Kegembiraan di dunia dan akhirat. Makna kegembiraan di dunia : 1 ) Kegembiraan kerana berjaya menyempurnakan ibadat puasa tanpa melakukan perkara yang merosakkan puasa seperti yang diperintahkan oleh Allah. 2 ) Kegembiraan kerana dapat makan dan minum selepas merasai lapar. 3 ) Kegembiraan kerana keyakinan di dalam dirinya akan mendapat pahala. […]
PUASA ITU PERISAI
Ada beberapa pendapat makna potongan hadis ini : 1 ) Puasa yang sempurna menghasilkan ketakwaan seperti yang disebutkan oleh Allah di dalam Al Quran. Maka ketakwaan itu melindungi dirinya dari melakukan maksiat seperti perisai yang melindungi pahlawan dari senjata lawan. 2 ) Puasa yang menghasilkan pahala yang banyak itu melindungi orang yang berpuasa dari masuk […]
PUASA UNTUK ALLAH
Setiap ibadat yang kita lakukan bertujuan kemaslahatan dan manfaat kepada diri kita kerana 2 perkara : 1 ) Kita mengetahui setiap ibadat selain puasa diberi ganjaran 10 kali ganda. Contoh : Sedekah RM1 mendapat pahala seperti sedekah RM10. 2 ) Ibadat selain puasa boleh ditunjuk kepada orang lain yang mengakibatkan terhasil inginkan pujian dari mereka. […]
KEMERDEKAAN DARI NERAKA
Rasulullah saw telah memberitahu bahawa orang orang yang berpuasa pada akhir Ramadhan dijanjikan perlindungan dan dijauhkan dari hukuman di dalam neraka. Akhir Ramadhan yang dimaksudkan ialah hari terakhir pada bulan itu. Sebahagian ulama pula mengatakan termasuk 10 hari terakhir yakni dari 21 Ramadhan sehingga 30 Ramadhan. Ya Allah , jadikan kami dari kalangan orang orang […]