Category Archives: AGAMA
MAKNA PINTU NERAKA DITUTUP PADA BULAN RAMADHAN
Pendapat pendapat ulama’ tentang potongan hadis ini : 1 ) Pintu neraka ditutup seperti yang disebutkan. 2 ) Perumpamaan bagi keadaan orang yang berpuasa terelak dari perilaku berdosa kerana syahwat yang dikawal. 3 ) Perumpamaan bagi penambahan semangat bagi orang yang beriman untuk melakukan amalan yang menjauhkan diri mereka dari neraka. Home KD
BERSARUNG KAKI DI DEPAN IPAR DUAI @ BERTUDUNG RAMBUT SAJA?
Balik kampung hati girang! Berjumpa orang yang tersayang dan berkumpul ramai ramai. Masalah timbul bila mana bab aurat sesama ipar duai dan sepupu sepapat . Masalah utama WANITA SOLEHAH saja , yang ingin mendapat SYURGA. Tak semua orang direzeqikan balik kampung ada bilik tidur asing dan rumah berbeza ruangan. Apa lagi direzeqikan ipar duai sepupu […]
MAKNA DIBUKA PINTU SYURGA PADA BULAN RAMADHAN
Pendapat pendapat ulama tentang potongan hadis ini : 1 ) Pintu pintu syurga dibuka untuk memberi berita gembira kepada orang orang yang beriman supaya mereka bersedia untuk melakukan amalan amalan yang menjadi penyebab masuk ke syurga. 2 ) Ia dibuka sebagai tanda tiba bulan yang diberkati ini bagi makhluk makhluk di langit. 3 ) Sebagai […]
PERMOHONAN KEAMPUNAN TERHADAP ORANG YANG BERPUASA
Walaupun orang yang berpuasa dituntut untuk memohon keampunan daripada Allah terhadap salah silap dan dosanya , Allah memuliakannya dengan pengampunan dan ekstra permohonan ampun dari makhluk yang lain. Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa malaikat memohon keampunan terhadap orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan siang dan malam. Dan ikan di laut memohon keampunan kepada orang yang […]
“KETAHUILAH ADA SATU AMALAN YANG PAHALANYA LUAR BIASA”
Guru Mulia Sayyidi Al Alim Al Allamah Al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Bin Syech Abu bakar bin Salim : Kadang-kadang bangun malam(Solat tahajjud) dan puasa sunnah malas, tapi derajat di SYURGA ingin paling tinggi. Namun, kita yang malas bangun malam dan puasa sunnah masih ada kesempatan untuk mendapatkan redho ALLAH SWT […]
KEADAAN KEADAAN BURUK MASYARAKAT ISLAM DI BULAN RAMADHAN
1 ) Tidak mengetahui bulan ini dilarang makan, minum dan jima’ di waktu siang. 2 ) Berpuasa dan beribadat pada waktu malam kerana adat masyarakat Islam pada bulan ini bukan kerana Allah. 3 ) Menganggap ini peluang untuk makan pelbagai jenis makanan. 4 ) Menganggap ini peluang untuk tidak tidur pada waktu malam tanpa faedah. […]
BERJABAT TANGAN DENGAN JIBRIL.
Mungkin kita pernah membaca kisah para sahabat Rasulullah saw – semoga Allah meredhai mereka – yang berjabat tangan dan berperang bersama malaikat. Dan semestinya kita mempercayai wujudnya makhluk yang dinamakan malaikat. Kita juga mempercayai wujudnya hubungan di antara malaikat dan manusia. Kita juga wajib menghafal bahawa malaikat yang bernama Jibril sebagai ketua malaikat dan penyampai […]
SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA INFAQ RAMADHAN
*INFAQ RAMADHAN , INFAQ DI JALAN ALLAH*
Perbanyakkanlah perkara berikut :
• Infaq kepada ibu bapa
• Infaq kepada isteri
• Infaq kepada anak anak
• Infaq kepada orang faqir miskin
• Infaq kepada ahli keluarga
• Infaq kepada jiran jiran
Kerana :
• Pahala seperti pahala berperang di jalan Allah
• Pahala berlipat kali ganda
• Terhapus dosa
SEMUA MAKANAN AKAN DIHISAB DI HARI PENGHISABAN KECUALI TIGA JENIS MAKANAN YANG TIDAK AKAN DIHISAB:
✔MAKANAN YANG DIMAKAN KETIKA SAHUR
✔MAKANAN YANG DIMAKAN KETIKA BERBUKA PUASA
✔MAKANAN YANG DIMAKAN KETIKA MAKAN BERSAMA ORANG LAIN ( TIDAK BERSENDIRIAN )
QIYAMULLAIL RAMADHAN
*QIYAMULLAIL RAMADHAN*
Ia terhasil dengan :
• Solat Maghrib berjemaah
• Solat Isyak berjemaah
• Solat Terawih berjemaah
• Solat Subuh berjemaah
• Kesemua solat dikerjakan dengan hati yang fokus
• Dilakukan kerana Allah sahaja
Hasilnya :
• Diampunkan semua dosa yang lalu
ZIKIR SAMBIL PUASA.
Imam At Tabrani meriwayatkan hadis bahawa Rasulullah saw ditanya , ” Siapa dari kalangan orang yang berpuasa paling banyak pahala ? ” Rasulullah saw menjawab , ” Yang paling banyak berzikir ” Ada orang yang mempunyai beberapa alasan yang menghalang dirinya dari sentiasa membaca Al Quran. Namun , masih ada ibadat lain yang mereka […]


