Doa Yang Dimakbulkan Allah Taala. Terapi #anxiety
Saya yang dulu adalah isteri, ibu dan anak yang serabut fikiran dengan satu demi satu ujian. Sering #stress dan #anxiety
Tidak ada yang peduli malah sampai hari ini tiada yang merasai sakitnya #ANXIETY.
Ya saya dulu sering diserang ANXIETY. Saya baca alQuran, jaga solat, juga berselawat. Tapi ANXIETY sering menyerang, lembut lutut, dada sakit ditikam, fikiran kosong.
Adakah suami memahami ? Pasti tidak
Adakah anak² memahami? Pasti tidak
Yang mereka nampak dan faham adalah isteri, ummi yang sering marah, bising, berleter dan lain². Dan mereka tidak nampak adalah sakitnya #ANXIETY. Otak yang #stress.
Dan jiwa fikiran terganggu bila badan penat dan lihat dapur masih berselerak, rumah tak berkemas. Adakala rasa letih dan kecewa dengan suami dan anak². End up rasa sedih dengan pasangan. .
Waktu itu saya hanya fokus membaca AlQuran dan membaca selawat yang mudah dibaca. Bila saya letih, apatah lagi kesihatan kurang baik, mulut berkata² dan sering terpancing emosi.
Dan di setiap waktu mustajab doa , saya minta ” Ya Allah! Berikan aku taufik dan hidayah untuk tenang menghadapi ujuan² Mu”
Sebagai ibu, Sebagai peniaga, Sebagai ibu. Tanggungjawab besar dan Demi Allah yang maha kuat, saya hambaNya yang lemah.
Namun Allah Taala Zat yang maha pengasih penuh kasih sayang dan kelembutan. Dia berikan kepada saya satu jalan yang lurus, yang membimbing saya menjadi ibu, isteri, usahawan yang sekarang boleh mengucapkan Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran mendalam.
Kini satu nikmat teristimewa yang Allah Taala zat maha lembut berikan kepada saya adalah saya dipilih Allah Taala zat maha menyembuhkan.
Penyakit #ANXIETY saya 99% sembuh dengan rawatan terapi diri sendiri. Allah memberi kan kepada saya jiwa yang #tenang, hati yang berlapang dada, rezeki yang mengalir tanpa dicari, sahabat² yang baik membantu , terlalu banyak perubahan hidup saya melalui TERAPI KITAB SELAWAT TERAGUNG DALAILUL KHAIRAT.
Alhamdulillah barkah saya membacanya dengan ijazah bersanad khas daripada guru, saya boleh mengatasi serangan #ANXIETY tanpa sebarang ubat atau sokongan moral.
Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم yang merawat saya melalui selawat² dan doa² di dalam kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Saya dapat merasai ketenangan walaupun saya diuji dan tetap ada ujian. Malah saya tetap menghadapi ujianNya namun ujian² itu terlalu kecil untuk saya selesaikan kerana Allah Taala zat maha berkuasa, pasti akan menghantar bantuan tanpa disangka² lewat bacaan selawat teragung Dalailul Khairat.
Hari ini, waktu ini, saya berada dekat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم, ketika saya memandang kubah hijau makam Baginda, saya merasa sungguh istimewa kerana Nabi ,صلى الله عليه وسلم memilih saya untuk membaca Dalailul Khairat.
Suatu anugerah teristimewa yang bukan semua terpilih. Alhamdulillah atas pilihan menjadi istimewa di kalangan yang istimewa.
Wallahu ‘alam
…
Kepada yang mahu mendapat keistimewaan ini, mari kami bantu, hubungi PA saya Rodiah Sitam yang kini juga di Madinah dan menjadi umat Istimewa.
Boleh wasap nya di www.wasap.my/+60165447357/istimewa