Fasal² Beberapa Faedah dan Perinciannya Yang Berkaitan Pengaturan Rezeqi.
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Fasal² beberapa faedah dan perincian nya yang berkaitan pengaturan rezeqi.
Berdasarkan pengetahuan dan pengalaman, aku menemui beberapa perkara:
Pertama :
Kamu mengetahui bahawa rezeqi itu telah dijamin oleh ALLAH TAALA dalam kitab Nya.
Dan ALLAH TAALA telah menanggung rezeqi mu
Maka bagaimana pendapat mu apabila andainya ada seorang raja yang berjanji kepadamu bahawa dia akan menjamu makan malammu.
Dan kamu berbaik sangka kepadanya bahawa dia itu jujur, tidak dusta dan dia tidak menyalahi janji.
Apakah kamu mengira dia akan menyalahi janjinya?
Dan bagaimana jika orang awam atau seorang yahudi atau seorang nasrani atau seorang majusi yang keadaannya baik , dan betul² dalam muamalah nya ( jujur dalam perniagaan), ketika dia berjanji ditepati.
Bukan kah kamu percaya dengan janjinya?
Dan bukan kah hati mu tenang dengan janjinya?
Bah kan kamu tidak risau dengan makan malam mu kerana janjinya kerana takawakkal kepada nya?
Begitu saja hati mu sudah tenang dengan janjinya, maka bagaimana seharusnya hati mu dengan janji Allah? Perlu diraguikah?
Dan ALLAH TAALA telah menjamin, menanggung bahkan telah bersumpah bukan hanya di satu tempat saja , akan tetapi kamu masih belum boleh bertenang dengan janjiNya?
Kamu masih tidak menyakini janji Allah itu?
Kenapa hati mu meragui janji Allah?
Maka alangkah buruknya sikapmu ini seandainya kamu tahu akibatnya
Dan daripada Sayyidina Ali bin Abu Tholib r.a:
” Apakah kamu akan mencari rezeqi milik ALLAH, daripada selain ALLAH ?”
Dan kamu merasa aman daripada ketakutan dan kamu percaya pada penjamin walaupun orang musyrik dan kamu tidak menyakini jaminan ALLAH?
Seakan² kamu itu tidak pernah membaca dalam kitab Nya ( al Quran ) sehingga kamu itu lemah keimanan dan keyakinan.