Sabar Dalam Pengaturan Rezeki (sambungan-2)
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Apabila seseorang itu bersabar, dia akan terhindar daripada pelbagai kemudaratan:
1. Dia akan selamat daripada kebingungan, kegelisahan, kekesalan dan kesedihan di dunia.
2. Dia akan selamat daripada dosa dan siksaan di akhirat.
…
Adapun apabila seseorang itu apabila gagal bersabar bahkan selalu meratapi dan dalam kekesalan, keluh kesah, putus harapan maka dia akan terlepas daripada seluruh kebaikan.
Dan dia akan tertimpa pelbagai macam mudarat kerana ketika dia tidak bersabar untuk bertahan dalam ketaatan maka dia tidak akan mampu melakukan ketaatan kepada ALLAH TAALA.
Kesabaran dalam ketaatan itu lebih utama kerana bukan mudah untuk sabar bertahan ketika melakukan ketaatan.
Dan ketika seseorang itu tidak sabar untuk menjaga ketaatan ( contoh : Amalan membaca DALAILUL KHAIRAT sudah bagus tetapi tidak sabar membaca sehingga habis secara istiqamah) maka dia tidak akan mendapat kedudukan yang mulia.
Di sini bermaksud, walaupun sedikit tetapi istiqamah itu baik, akan tetapi melakukan banyak ketaatan dan istiqamah pasti ianya lebih baik kerana ianya akan mengangkat darjat yang tinggi.
Sedangkan untuk urusan dunia, kita terlebih usaha dan istiqamah sungguh² walaupun tidak bermanfaat untuk akhira Atau ketika seseorang itu tidak sabar daripada maksiat maka dia terjerumus ke dalamnya.
( contoh terlibat dalam pekerjaan perbankan, jelas haram tetapi sanggup mengisytiharkan perang dengan ALLAH TAALA kerana tidak sabar daripada kesusahan)
Dan apabila dia tidak sabar daripada perkara fudhul ( berlebihan walaupun halal) maka akhirnya dia akan sibuk dengan perkara itu.
Atau ketika seseorang itu tidak sabar atas suatu musibah maka dia tidak akan mendapat pahala kesabaran musibah itu dan terkadang dia banyak mengeluh sehingga ALLAH TAALA tidak akan menggantikan musibah itu dengan sesuatu yang baik.
(Kebiasaannya apabila ada sesuatu barang yang rosak, maka kita akan mengganti yang baru dan baik.
Sama juga seperti ALLAH TAALA, memberikan suatu musibah kerana mahu menggantikan dengan anugerah yang lebih baik.)
Doa Nabi صلى الله عليه وسلم:
” Ya Allah!
Berilah aku pahala dalam musibah ku ini dan gantikan yang lebih baik daripada nya”
…
Apabila tidak sabar daripada musibah, maka dia telah mendapat dua musibah:
1. Kehilangan sesuatu itu. musibah yang pertama
contoh barang kemas hilang .
2. Kehilangan pahala dan kehilangan gantian .
( kerana tidak sabar, tiada gantian baru daripada ALLAH TAALA dan memdapat dosa)
Telah dikatakan
:
Seseorang yang kehilangan kesabaran dalam menghadapi musibah , ianya lebih teruk daripada musibah itu sendiri!
Lalu, di manakah keberuntungannya sesuatu yang rosak, hilang tidak mendapat gantian disebabkan hilang kesabaran atas musibah itu?
Sudah lah hilang sesuatu malah hilang pula sesuatu yang akan digantikan oleh ALLAH TAALA dek kerana tidak sabar atas kehilangan .
Dan diriwayatkan oleh Ali bin Abi Tholib r.an, beliau mentakziah seseorang ( turut bersedih) dengan mengatakan:
Jika kamu SABAR, taqdir tetap berjalan dan kamu akan mendapat pahala dan jika kamu mengeluh, taqdir tetap berjalan dan kamu berdosa”