#DOAMAKBUL
بسم الله الرحمن الرحيم
Hari ni Jumaat, teringat kisah 2 Jumaat lalu ketika di Masjid Nabawi. Saya dan Rodiah Sitam seawal 10++am dah masuk ke masjid dan sementara menunggu waktu Solat Jumaat , kami berdua mengisi waktu dengan #bersembang!
Eh! Bersembang? Biar betul dua orang tua ni. Orang duk Masjid untuk beribadah dan mana boleh bersembang² kan?
Yup! Kami bersembang. 1st tanya jiran sebelah. Ni topik kami sembang. Dan macam² bahasa kami guna ketika bersembang dan paling banyak kami bersembang macam ayam itik kucing, burung, ikan bersembang.
1st bagi salam, 2nd tanya datang dari negara mana.
Bila dia jawab contoh Pakistan dan boleh bercakap BI, rancak lah kami bersembang. Jika tidak kami akan tanya ” urdu?”
Dia angguk je, zappppp kami buka HP dan bagi info Dalailul Khairat dalam Bahasa Urdu. Dan momen paling indah bila kami dipeluk, dicium setelah kami memberikan mereka kitab selawat teragung Dalailul Khairat.
Ada seorang jemaah tu, saya tak ganggunya kerana dia fokus membaca AlQuran. Berdosa jika ganggu orang sedang berbicara dengan Allah Taala kan, so saya abaikan je dia.
Setelah jiran sebelah menyebelah join topik Dalailul Khairat, tiba² dia memusingkan badan dan bertanya:
” Apa yang kamu bicarakan? Aku dengar dari tadi tentang selawat. Boleh bagitahu aku?
Saya terangkan:
Ini kitab teragung berkaitan selawat. Al imam al Jazuli rahimahullahu taala telah mengumpulkan semua selawat² dari zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم sehingga ke zaman nya.
Dan juga terdapat banyak doa² yang apabila engkau membaca nya, doa itu cepat makbul.
Saya telah membacanya setiap hari lebih 3 tahun dan banyak keajaiban, kebaikan² yang saya dapat barkah membaca kitab selawat Dalailul Khairat ”
Dia meminta:
” Boleh tahu di mana nak beli kitab ini?
Saya membalas:
“Oh tak perlu beli. Jemaah saya di Msia kirimkan kitab ini untuk mu?
Untuk aku? Bercahaya mata nya dan airmata nya mengalir lalu dia berkata:
” Tadi semasa aku masuk Masjid Nabawi ini, aku datang dengan kesedihan, aku #stress dengan satu persatu ujian hidup. Aku berdoa lama ketika sujud ” Ya Allah! Bantu aku. Bagi aku jalan untuk menenangkan hati aku. Apa aku kena buat?”
Dan ketika aku membaca AlQuran tadi, aku terdengar kamu menyebut : ” Jika kamu #stress, banyak ujian dalam hidup , BACALAH KITAB INI”
Aku terkejut kerana itu bagaikan jawapan daripada Allah atas doa ku. Dan dia mengucup kitab Dalailul Khairat berkali² dan mendoakan saya dan jemaah yang menghadiahkan kitab itu.
SubhanAllah
Dalam kami bersembang sembang itu, rupa nya menjadi jawapan kepada sebuah doa.
Alhamdulillah. Moga² semua mendapat rahmat dan diangkat darjat di sisi Nya. Diampunkan dosa² dan sentiasa dalam lindungan Allah Taala dan mendapat syafaat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.
آمين يا رب العالمين
Siapa dah berdoa dan meminta pertolongan Allah Taala, mungkin catatan ini jawapan kepada penyelesaian masalah kalian.
Tidak lah puan membaca catatan ini melainkan Allah Taala nak bagi pertolongan Nya. Nak kami bantu?