Kekhuatiran Tentang Rezeki
سم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
Dan apabila syaitan, nafsu atau seseorang membisikkan was² ( kekhuatiran) rezeqi maka mereka akan menentang bisikan itu dengan gigih bersemangat melawan.
Sehingga makhluk² itu berpaling daripada mereka. Meninggalkan mereka, sehingga Syaitan pun pergi meninggalkan nya dan nafsu pun akan tunduk kepada nya( yakni orang² yang dipilih Allah ).
Orang yang tidak dipilih Allah sentiasa dalam kekhuatiran dan mengikut syaitan, nafsu dan orang yang tiada keyakinan kepada ALLAH TAALA.
Sehingga mereka boleh istiqamah di jalan yang lurus .
Telah diriwayatkan kisah Ibrahim ibnu Adham rahimahullahu taala, ketika beliau ingin uzalah masuk ke desa pedalaman, lalu Syaitan mendatangi nya dan menakut² kannya dengan mengatakan:
” Ini adalah pedalaman yang akan membinasakan mu dan kamu tidak membawa bekal dan tiada sumber kehidupan di situ. ”
Maka beliau tetap berazam dan bertekad masuk ke pedalaman itu untuk beruzlah beribadah kepada ALLAH TAALA.
Dan beliau berkata:
“Aku tetap akan menempuh perjalanan ke pedalaman itu dan setiap sebatu , aku akan solat seribu saat di situ ( untuk mengalahkan hasutan Syaitan melalui peningkatan ibadah ).
Dan beliau pun melaksanakan tekadnya itu dan tinggal di pedalaman itu sehingga 12 belas tahun.
Sehingga Harun ar Rashid pernah menunaikan haji dan Harun ar Rashid melihat setiap sebatu perjalanan Ibrahim bin Adham rahimahullahu taala akan solat seribu rakaat.
Lalu ada orang memberitahu Harun ar Rashid, itu lah Ibrahim bin Adham rahimahullahu taala.
Harun ar Rashid bertanya:
Wahai Abu Ishak, bagaimana keadaan mu?
Maka Ibrahim bin Adham rahimahullahu taala bersyair:
” Kita menampal dunia supaya bagus dengan merobek robek agama kita .
Maka agama kita akan hancur, tidak akan kekal ( kerana dirobek untuk menampal dunia) dan sesuatu yang ditampal juga akan hancur.
Maka beruntunglah bagi seorang hamba yang mengutamakan ALLAH TAALA, Tuhan nya.
Dan dia pemurah dengan dunianya ( hartanya ) untuk menghadapi sesuatu yang akan terjadi nanti.