#RumahManaDulu
بسم الله الرحمن الرحيم
Nak raya mesti ada isteri² yang sakitttt bangatttt hati nya kerana suami memilih balik kampungnya. Sedangkan sepatutnya kena bagi adil.
Khusus untuk para isteri. Saya juga isteri dan saya juga ibu dan mertua. Mungkin perkongsian ini membantu sakit hati @ menambah sakit hati, terpulang lah kepada emosi masing² .
Saya share bab sebagai isteri.
Jika suami puan, memilih untuk mendahului pergi balik untuk ke rumah ibu nya dulu tiap tahun, tanpa miss, wajib balik kampungnya, puan wajib taat. Ya wajib taat ( walaupun sakit hati )
Ada satu kisah, kawan saya yang sebut hal ni 22 tahun lalu. Ketika itu suami nya meninggal dunia secara mengejut, tidur, berdengkur, sesak nafas dan meninggal dunia.
Kata kawan saya :
“Ida, kakak nak pesan, kalau suami minta kita nak balik rumahnya masa raya, ikut lah. Sebab bila dia mati, kita dah tak rasa seronok beraya walaupun di kampung sendiri.”
So puan², dalam hal ini, jika suami berkeras, beralah, jangan merajuk. Mana tahu ini rayanya yang terakhir bersama ibubapanya. Dan mana tahu, kita yang mati dulu, biar tahun seterusnya suami rasa menyesal tak bawa kita balik raya ( kot dia menyesal)
Raya memang menggamit kenangan dan kerinduan. Tapi ada juga satu kes, kawan saya M gembira pujuk suami nya cancel giliran dan balik ke kampung nya.
Punya lah dia seronok walaupun mertuanya sedih. Dia cerita dengan bangga ” Baru mertua ku tahu, siapa menantu nya”
Dan memang dia happy, banyak kali giliran mertua berjaya dia cantas. Hinggalah…
Hingga lah tahun ini, untuk beberapa tahun setelah dia sendiri menjadi mertua dan dia raya sendirian. Anak menantu tidak pulang beraya dengannya langsung. Walaupun giliran di rumahnya, anak menantu memilih pergi bercuti.
So dia berkata begini ” sekarang aku rasa balik apa aku buat kat mertua”.
…
Sesungguhnya raya hanya sambutan. Benar ianya ada sentuhan kenangan. Ada memori tercipta. Ada kerinduan. Namun jangan kita bermasam muka suami isteri, mertua, ipar duai.
Yang menjadi isteri, menantu dan mertua, jangan rosakkan hati dan membakar emosi kerana nak raya di mana dulu. Saya sendiri sering dipancing emosi, ada airmata nak pecah tapi saya pilih untuk mengelak daripada diumpan iblis.
Saat Iblis mulai mengumpan, saya baca dan baca kitab selawat Dalailul Khairat, saya kirim doa untuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم, sehingga airmata yang mengalir airmata kerinduan kepada Nabi صلى الله عليه وسلم.
Saya tak kecewa, tak marah, tak menyesal dengan takdir² Nya kerana barkah berselawat, takdir² saya tersusun cantik dan mudah.
Puan², jangan izinkan Iblis meracun jiwa, belah lah kepala Iblis dengan berselawat. Bacalah kitab selawat teragung Dalailul Khairat ( pastikan berijazah sanad untuk menambah keberkahan)
Mari kami bantu puan², jom kita join grup bimbingan membaca Dalailul Khairat, hubungi www.wasap.my/+60165447357/Raya